Tukar tulisan merah Tukar tulisan biru Tukar tulisan hijau Besarkan Tulisan Kecilkan Tulisan Set Semula Tulisan
English  |  Bahasa Melayu Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
"Rakan Perniagaan Francais Anda"
 
Menerajui Pembangunan Industri Francais Negara
 


PROFIL

Perbadanan Nasional Berhad (PNS) yang dahulunya dikenali sebagai PERNAS telah dikorporatkan pada 29 November 1969. Pada September 1996, PERNAS telah diswastakan menerusi kaedah ‘management buyout’ (MBO) di mana aset yang terpilih sahaja diambil alih oleh Pernas International Holdings Berhad. Hasilnya, satu perbadanan baru telah diwujudkan iaitu PNS.

PNS memulakan operasi yang baru di Tingkat 9 Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur dengan modal dibenarkan RM 1 bilion dan modal berbayar RM 751 juta. Perbadanan Kementerian Kewangan (MOF Inc.) merupakan pemegang saham majoriti dalam PNS.

Setelah sekian lama bergiat dalam dunia perniagaan, PNS menyahut seruan kerajaan untuk meningkatkan saiz Komuniti Perdagangan dan Perindustrian Bumiputra (BCIC). Menyedari kepentingan dalam memenuhi aspirasi, pelbagai strategi telah dibentuk dan dilaksanakan. Selain daripada penyediaan sumber, PNS juga berazam untuk meningkatkan aspek profesionalisme, kepintaran dalam perniagaan serta etika dan disiplin bagi usahawan-usahawan Bumiputera.



 


Francaisor
...........................................................
Bercakap Dengan Kami
...........................................................
Muat Turun Brosur
...........................................................
Jadual Latihan Akademi PNS
...........................................................
Facebook Akademi PNS


Pautan Pantas