Menu

We are apologize for the inconvenience but you need to download
more modern browser in order to be able to browse our page

Download Safari
Download Safari
Download Chrome
Download Chrome
Download Firefox
Download Firefox
Download IE 10+
Download IE 10+

JUAL TUDUNG GUNA MESIN LAYAN DIRI

Date     : 1 July 2017
Source : Sinar Harian

INITIATE Global Resources Sdn Bhd (Initiate Global), pengeluar fesyen wanita jenama Querenda memperluaskan rangkaian perniagaan dengan memperkenalkan konsep jualan baharu menggunakan mesin layan diri (vending machine) dikenali Querenda Hijab On The Go bagi menjual tudung keluarannya.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Roszie Amir berkata, idea itu tercetus selepas melakukan kajian permintaan pasaran ekoran masalah kekurangan kakitangan sering dihadapi pengusaha tudung.

“Mesin layan diri Querenda Hijab On The Go pertama dikeluar awal tahun ini dan kami tempatkan di pusat beli-belah The Mines, Seri Kembangan, Selangor sebagai projek rintis kami.

“Kami pilih lokasi itu kerana strategik, berdekatan pejabat dan universiti untuk ujian pasaran. Alhamdulillah, sambutan menggalakkan sehingga ia tular di media sosial,” katanya.
Roszie berkata, mesin layan diri yang menggunakan teknologi Jepun itu dilengkapi TV LCD yang memaparkan tutorial menggayakan tudung jenama Querenda.

“Satu mesin ini mampu memuatkan 150 helai tudung pelbagai koleksi dan warna. Biasanya kami hanya letak dua koleksi tudung sahaja dan pelbagai pilihan warna, yang sesuai dengan sasaran pelanggan di suatu lokasi tersebut. Tudung Querenda didatangkan dalam kotak khas yang sesuai juga untuk dijadikan sebagai hadiah.

“Pembeli mempunyai pilihan kaedah pembayaran, sama ada secara tunai, debit, kredit dan Touch ‘n Go,” katanya.

Beliau berkata, mesin Querenda Hijab On The Go memudahkan peniaga kerana tidak perlu menunggu di tempat tersebut untuk menjual.

“Mereka hanya perlu tambah stok tudung Querenda sahaja bagi memastikan ia mencukupi .

“Konsep perniagaan ini hampir sama dengan perniagaan atas talian. Pelanggan tidak tahu warna sebenar tudung disebabkan teknik gambar dan pencahayaan digunakan. Cuma bezanya, mereka tidak perlu lalui proses yang lama untuk dapatkan tudung ini,” katanya.

Menurutnya, Initiate Global Resources menyasarkan sebanyak 20 vendor akan menggunakan mesin layan diri itu, pada tahun ini.

“Bagi mereka yang berminat berniaga, kami tawarkan pakej pra francaisi pada harga RM36,000, termasuk produk dan boleh menggunakan jenama Querenda.

“Jika ada peniaga tudung berminat menggunakan mesin layan diri, kami boleh bekalkan kepada mereka,” katanya.

Selepas raya, Roszie berkata, Querenda bakal tampil dengan koleksi tudung bawal printed dan selendang eksklusif.

Pada masa ini, Querenda mengeluarkan selendang panjang (long shawl), instant shawl dan semi shawl, selain pakaian kerja sofistikated.

**The news are only available in Bahasa Malaysia version due to its copyright. No translation can be made**

Poll
Poll

Are you interested to participate in the Entrepreneurship program offered by PNS Academy?

Related Link

Ministry Subsidiaries Agencies Others
KPDNKK Gloria Jean's myfranchise MKM SKM SSM MyIPO MyCC Bank Rakyat myGov MSC

Feedback