Menu

We are apologize for the inconvenience but you need to download
more modern browser in order to be able to browse our page

Download Safari
Download Safari
Download Chrome
Download Chrome
Download Firefox
Download Firefox
Download IE 10+
Download IE 10+

173 cawangan jenama francais Malaysia di India

Tarikh     : 20 Disember 2017
Sumber : Berita Harian

173 rangkaian Malaysia di India

KUALA LUMPUR: Sebanyak 173 cawangan francais Malaysia terdiri daripada 10 jenama tempatan kini berada di pasaran India.

Jenama francais itu ialah Beaubelle, Brainy Bunch, Clara International Beauty Group, Globalart Creative, Marrybrown, Poney, Royal Selangor, Resipi Rahsia, Smart Reader dan World of Feng Shui (WOFS).

Memandangkan permintaan yang semakin meningkat, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan agensinya, Perbadanan Nasional Berhad (PNS) mengambil langkah untuk menyertai misi perdagangan antarabangsa sempena Pameran Francais & Perdagangan Kebangsaan ke-100 (FRO Chennai 2017) di Chennai, India, baru-baru ini.

Misi perdagangan bertujuan mempromosikan jenama francais Malaysia ke pasaran antarabangsa terutama di India.

Penyertaan dalam misi perdagangan ini adalah salah satu platform terbaik bagi usahawan francais tempatan untuk memperkenalkan produk dan mempamerkan model perniagaan mereka ke India.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India, Datuk Hidayat Abdul Hamid, berkata misi perdagangan adalah salah satu inisiatif KPDNKK dan PNS dalam mencari peluang serta potensi bagi membawa jenama tempatan ke peringkat antarabangsa.

“Dari apa yang saya lihat, terdapat potensi besar di India untuk jenama francais tempatan di sini. Oleh yang demikian, saya mengucapkan tahniah kepada Kementerian kerana mengambil langkah untuk menyertai FRO Chennai 2017 ini dan berharap agar usaha ini akan diteruskan pada masa depan,” katanya pada majlis penutupan Pavilion Francais Malaysia di Pusat Perdagangan Chennai, Sabtu lalu.

Selain menyertai pameran, delegasi Malaysia juga membuat lawatan ke cawangan jenama francais terkemuka Malaysia di Chennai iaitu Marrybrown.

Menariknya, terdapat banyak produk baru yang mencerminkan budaya India di sini seperti Tandoori Nuggets, Panner Wrap dan burger vegetarian untuk memenuhi populasi vegetarian yang tinggi di negara itu.

Pada masa ini, Marrybrown mempunyai 35 cawangan di seluruh India termasuk 18 yang terletak di Chennai.

Selain daripada Marrybrown, delegasi Malaysia juga berpeluang untuk melawat jenama francais tempatan India seperti Adyar Ananda Bhavan yang kini mempunyai 4,000 cawangan di seluruh dunia dan baru-baru ini menembusi pasaran Malaysia pada 2 November 2017 yang lalu.

Penyertaan francaisor dalam misi perdagangan antarabangsa ini turut membuka peluang kepada usahawan Malaysia untuk mewujudkan hubungan ekonomi dan strategik dengan jenama francais di luar negara.

PNS juga akan terus menyokong usaha kerajaan meliberalisasikan ekonomi Malaysia dengan mengenal pasti sistem francais yang boleh diperkenalkan kepada pasaran Malaysia.

Selain KPDNKK dan PNS, turut serta menyertai delegasi Malaysia ke FRO Chennai 2017 ini adalah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan Persatuan Francais Malaysia (MFA).

Sementara itu, francaisi yang turut mengambil bahagian adalah Cosry, Globalart, Q-dees, Gintell, Kelas Tuisyen Cikgu Mariyam, House of Healin, IPM Engineering Sdn Bhd dan Takzim Textile Sdn Bhd.

 

 

Undian

Adakah anda tahu bahawa PNS mempunyai pusat latihan di Janda Baik?

Pautan

Kementerian Anak Syarikat Agensi Lain – lain
KPDNKK Gloria Jean's MKM SKM SSM MyIPO MyCC Bank Rakyat myGov MSC

Maklumbalas PNS