Menu

We are apologize for the inconvenience but you need to download
more modern browser in order to be able to browse our page

Download Safari
Download Safari
Download Chrome
Download Chrome
Download Firefox
Download Firefox
Download IE 10+
Download IE 10+

PNS Peruntuk RM1.5 Juta Skim Sewaan Trak Makanan

Tarikh   : 18 Mac 2017
Sumber : Sinar Online

PERBADANAN Nasional Berhad (PNS) memperkenalkan skim sewaan trak makanan yang bakal dilancarkan suku kedua tahun ini dengan peruntukan RM1.5 juta.

Pengarah Urusannya, Datuk Syed Kamarulzaman Syed Zainol Khodki Shahabudin berkata, menerusi skim itu, PNS akan buat pembelian trak makanan dan mengubahsuainya, sebelum disewa kepada usahawan yang layak.

“Kita akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan bagi memastikan mereka boleh berniaga.

“Selain itu, kami akan bekerjasama dengan francais dan pra-francaisor yang mempunyai kepakaran dan berpengalaman untuk menggalakkan perniagaan ini, sekali gus beri bimbingan cara mengurus perniagaan,” katanya pada Majlis Hi-Tea dan Sidang Media Hala Tuju PNS 2017 di Kuala Lumpur.

Syed Kamarulzaman berkata, pada tahun ini, PNS memperkenalkan dua program baharu iaitu Varsity Enterpreneurship Skills & Talent (Vest) dan bimbingan perniagaan francais.

“Program Vest melibatkan 10 hingga 20 universiti dan kami akan cari usahawan dalam kalangan pelajar supaya perniagaan mereka bukan hanya berkembang di seluruh dunia,” katanya.

Selain itu, PNS terus menumpukan program francais dan pembangunan keusahawanan dengan mengukuhkan perniagaan itu dan pengembangan jenama melibatkan peruntukan sejumlah RM28 juta.

“Bagi bantu Bumiputera memperoleh hartanah komersil menjalankan perniagaan dan meningkatkan pemilikan hartanah, sebanyak RM30 juta diperuntukkan,” katanya.

Syed Kamarulzaman berkata, PNS memperuntukkan RM130 juta dan RM150 juta bagi tujuan pembiayaan dan pelaburan tahun ini.

Sehingga kini, PNS melabur RM416.18 juta dalam hartanah, melulus pelaburan 43 buah syarikat melibatkan RM527.65 juta dan lulusRM409 juta pembiayaan kepada 2,113 syarikat, bagi keusahawanan serta francais.

Undian

Adakah media sosial sumber utama informasi anda?

Pautan

Kementerian Anak Syarikat Agensi Lain – lain
KPDNKK Gloria Jean's MKM SKM SSM MyIPO MyCC Bank Rakyat myGov MSC

Maklumbalas PNS