Menu

We are apologize for the inconvenience but you need to download
more modern browser in order to be able to browse our page

Download Safari
Download Safari
Download Chrome
Download Chrome
Download Firefox
Download Firefox
Download IE 10+
Download IE 10+

Gloria Jean’s Coffee sasar buka 12 lagi cawangan tahun ini

Tarikh : 17/2/2015
Sumber : Rakyat Post

 

Wonderful Lifestyle Sdn. Bhd. melalui rangkaian francaisnya, Gloria Jean’s Coffee menyasarkan pembukaan 12 lagi cawangan baharunya pada tahun ini.

Dengan sasaran itu, anak syarikat milik penuh Malaysia International Franchise (MyFranchise) Sdn. Bhd. bakal mempunyai 53 cawangan di seluruh negara.

Pengerusinya, Datuk Ahmad Shalimim Ahmad Shaffie berkata, Wonderful Lifestyle anak syarikat MyFranchise itu adalah cabang pelaburan francais Perbadanan Nasional Berhad (PNS) agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

“Lebih ramai orang terutamanya yang berusia bawah 35 tahun berminat untuk menjadi pemegang francais Gloria Jean’s Coffees.

“Ketika ini, 40 peratus cawangan francais kami diusahakan oleh generasi muda dan kami mahu melihat bilangannya bertambah.

“Malah PNS juga menyediakan bantuan serta bimbingan bagi menggalakkan usahawan muda untuk lebih yakin serta bersemangat untuk menguruskan cawangan mereka,” katanya pada sidang kepada pemberita selepas merasmikan cawangan terbaharu di Kompleks Metro Point di sini pada Sabtu.

Cawangan ke-41 Gloria Jean’s Coffee itu diusahakan oleh tiga anak muda, Mohammad Haniff Abd. Halim, 25; Salma Husna Zamani, 27 dan Fatin Syazwani Mohd. Fuad, 27.

Dalam pada itu, Ahmad Shalimim optimis dengan momentum industri francais walaupun keadaan ekonomi tidak menentu pada masa sekarang.

“Dengan keyakinan itu, kami menyasarkan pembukaan 25 peratus lagi cawangan pada tahun ini berbanding tahun lepas dan menjangkakan angka jualan yang lebih besar.

“Kami juga menjangkakan keuntungan dengan pembukaan cawangan pertama di Indonesia dan juga tambahan satu lagi di Brunei,” ujarnya.

Dalam pada itu, katanya, tiga cawangan akan dibuka dalam tempoh terdekat pada bulan ini di Terengganu, Kedah dan Kuala Lumpur

 

 

Undian

Tahukah anda bahawa pembayaran pembiayaan ansuran bulanan boleh dilakukan melalui JomPay?

Pautan

Kementerian Anak Syarikat Lain – lain
myGov Gloria Jean's MSC

Maklumbalas PNS