Menu

We are apologize for the inconvenience but you need to download
more modern browser in order to be able to browse our page

Download Safari
Download Safari
Download Chrome
Download Chrome
Download Firefox
Download Firefox
Download IE 10+
Download IE 10+

173 rangkaian Malaysia di India

Tarikh     : 20 Disember 2017
Sumber : Kosmo Online

Perniagaan francais sedia peluang kerja serta akses barangan dan perkhidmatan

173 rangkaian Malaysia di India

KUALA LUMPUR – India menyediakan potensi perniagaan yang besar kepada perniagaan dengan 10 jenama Malaysia dengan 173 cawangan telah bertapak di negara berkenaan.

Antara jenama tersebut adalah Beaubelle, Brainy Bunch, Clara International Beauty Group, Globalart Creative, Marrybrown, Poney, Royal Selangor, ResipiRahsia, Smart Reader dan World of Feng Shui.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India, Datuk Hidayat Abdul Hamid berkata, pasaran francais menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi India dalam pelbagai cara seperti menyediakan peluang pekerjaan, akses kepada barangan dan perkhidmatan yang diperlukan serta pengembangan dasar cukai negara berkenaan.

Menurutnya, dengan permintaan yang semakin meningkat, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bersama agensi di bawahnya, Perbadanan Nasional Bhd. (PNS) mengambil langkah untuk menyertai misi perdagangan antarabangsa sempena Pameran Francais & Perdagangan Kebangsaan ke-100 (FRO Chennai 2017) di Chennai, India.

“Misi perdagangan ini bertujuan untuk mempromosikan francais Malaysia ke pasaran antarabangsa terutamanya di India.

“Penyertaan dalam misi perdagangan ini adalah salah satu platform terbaik bagi usahawan francais tempatan untuk memperkenalkan produk dan mempamerkan model perniagaan mereka di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini semalam.

Hidayat berkata, terdapat potensi besar di India untuk jenama francais Malaysia.

Ujarnya, penyertaan francaisor dalam misi perdagangan antarabangsa itu turut membuka peluang kepada usahawan Malaysia untuk mewujudkan hubungan strategik dengan jenama francais di luar negara.

“PNS juga akan terus menyokong usaha kerajaan meliberalisasikan ekonomi Malaysia dengan mengenal pasti sistem francais yang boleh diperkenalkan di Malaysia,” katanya.

 

 

Undian

Adakah anda tahu bahawa PNS mempunyai pusat latihan di Janda Baik?

Pautan

Kementerian Anak Syarikat Lain – lain
myGov Gloria Jean's MSC

Maklumbalas PNS