Menu

We are apologize for the inconvenience but you need to download
more modern browser in order to be able to browse our page

Download Safari
Download Safari
Download Chrome
Download Chrome
Download Firefox
Download Firefox
Download IE 10+
Download IE 10+

Pembangunan Produk Francais Tempatan (PPFT)

arrow OBJEKTIF PROGRAM
Membantu usahawan Bumiputera tempatan yang mempunyai perniagaan atau produk tempatan yang berupaya untuk dikembangkan melalui sistem francais.
Perunding francais akan dilantik olek Kerajaan untuk membimbing usahawan membangunkan sistem perniagaan francais. Kos bagi perkhidmatan perunding tersebut akan dibiayai oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
arrow KRITERIA KELAYAKAN MEMASUKI PPFT
  • Syarikat Bumiputera bertaraf Sendirian Berhad
  • Syarikat telah beroperasi sekurang-kurangnya 3 tahun
  • Mempunyai akaun beraudit sekurang-kurangnya bagi 2 tahun terkini
  • Mempunyai rekod keuntungan yang baik
  • Mempunyai outlet yang boleh dijadikan prototaip
  • Mempunyai sistem asas bagi operasi perniagaan
  • Mempunyai sistem POS (point of sale) dan sistem perakaunan yang teratur
  • Syarikat dan Pengarah tidak mempunyai sebarang tindakan undang-undang
  • Syarikat bersedia untuk mengembangkan perniagaan melalui francais
arrow PROSES PERMOHONAN PPFT
  • Mendapatkan borang permohonan dari PNS
  • Syarikat menyediakan profil syarikat dan penyata kewangan
  • Menghantar permohonan kepada PNS
  • PNS membuat lawatan ke outlet
  • Syarikat membentangkan pelan perniagaan kepada Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Produk Francais (JTPP)
  • PNS membentangkan cadangan perlantikan perunding Franchise Readiness Audit (FRA) & Due Diligence (DD) kepada Jawatankuasa Induk Pembangunan Produk Francais ( JIPP)
  • Bentang ke Jawatankuasa Induk Pembangunan Produk Francais (JIPP) untuk pelantikan perunding pembangunan pakej francais
arrow FASA-FASA PEMBANGUNAN
  1. Penyediaan kertas cadangan untuk francaiskan perniagaan
  2. Penyediaan konsep francais
  3. Penyelidikan prototaip outlet
  4. Pembangunan pakej francais
  5. Pendaftaran sebagai francaisor
  6. Pewujudan francaisi
Undian

Adakah anda tahu bahawa PNS mempunyai pusat latihan di Janda Baik?

Pautan

Kementerian Anak Syarikat Lain – lain
myGov Gloria Jean's MSC

Maklumbalas PNS