Menu

We are apologize for the inconvenience but you need to download
more modern browser in order to be able to browse our page

Download Safari
Download Safari
Download Chrome
Download Chrome
Download Firefox
Download Firefox
Download IE 10+
Download IE 10+

IBRA

PNS akan memperkenalkan program IBRA’ untuk menggalakkan para pelangan membayar balik pinjaman mengikut jadual. Para pelanggan PNS yang mempunyai akaun pembiayaan yang aktif bermula dari bulan Januari 2012 dan tidak mempunyai rekod tunggakan dan/atau kelewatan bayaran dalam tempoh 6 bulan berturut-turut berpeluang untuk mendapatkan ganjaran rebat yang akan dimasukkan ke dalam akaun pembiayaan masing-masing. Sila rujuk terma & syarat di bawah untuk keterangan lanjut.
arrow Terma dan syarat Program IBRA’
1. Program IBRA’ ini ditawarkan kepada semua Pembiayaan Berjangka Francais dan Lisensi yang dikenakan kadar keuntungan sekurang-kurangnya 4.50% setahun. Pakej-pakej Pembiayaan Mikro yang diperuntukkan oleh Kerajaan tidak layak untuk menyertai program ini;
2. Pelanggan yang berkelayakan mestilah memastikan bayaran bulanan akaun mereka tidak mempunyai rekod kelewatan bayaran dan/atau tunggakan dalam tempoh penilaian selama enam bulan berturut-turut;
3. Akaun pembiayaan yang telah distrukturkan mahu pun ansuran tunggakan yang telah dijadualkan semula adalah tidak layak untuk menyertai Program IBRA’ ini;
4. Akaun pembiayaan yang telah ditarik semula dan/atau Penjanjian Francaisnya yang telah dibatalkan juga tidak layak untuk menyertai Program IBRA’ ini;
5. Dalam apa keadaan, IBRA’ terkumpul yang diperolehi tidak boleh tukarkan kepada cagaran, dana terikat mahu pun deposit sekuriti kepada kemudahan pembiayaan yang sedia ada. Ianya juga tidak boleh dipindah milik atau ditukarkan dengan apa jua bentuk barangan, kredit atau yang sesuatu dengannya sama ada sebahagian atau keseluruhannya.
6. PNS berhak membuat keputusan untuk merubah atau menambah terma-terma dan syarat-syarat yang baru ke atas terma-terma dan syarat-syarat yang sedia ada. Ianya juga berhak untuk menggantung atau memansuhkan Program IBRA’ ini tanpa perlu untuk memaklumkan kepada pelanggan-pelanggannya terlebih dahulu.
Undian

Tahukah anda bahawa pembayaran pembiayaan ansuran bulanan boleh dilakukan melalui JomPay?

Pautan

Kementerian Anak Syarikat Lain – lain
myGov Gloria Jean's MSC

Maklumbalas PNS