Menu

We are apologize for the inconvenience but you need to download
more modern browser in order to be able to browse our page

Download Safari
Download Safari
Download Chrome
Download Chrome
Download Firefox
Download Firefox
Download IE 10+
Download IE 10+

Transformasi Perniagaan

Bagi Program B.I.T, Perbadanan Nasional Berhad (PNS) akan mengenalpasti, mewujudkan dan membangunkan perusahaan kecil yang mempunyai produk dan perkhidmatan dengan menggunakan pendekatan pemasaran moden, kos pembangunan yang rendah serta teknologi baru/ terkini.

Program B.I.T adalah satu program transformasi perniagaan untuk para usahawan kecil menjadi lebih kompetitif dan sistematik dalam menjalankan perniagaan agar dapat menjana lebih keuntungan dan mengembangkan perniagaan dengan lebih efektif. Program ini juga melatih para usahawan agar mampu berdaya saing di pasaran dan seterusnya perniagaan tersebut dibangunkan ke arah francais.

arrow Kriteria Peserta Program

  • Warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas
  • Perniagaan berasaskan Syariah
  • Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • Barang perniagaan harus berdaftar dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)
  • Sekurang-kurangnya 1 tahun beroperasi
  • Pemilik tidak diisytiharkan muflis dan bebas dari tindakan undang-undang
  • Menghadiri kursus yang dianjurkan oleh PNS Academy
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 1 outlet/ kiosk/gerai/ejen
  • Perniagaan terbukti menguntungkan dan berdaya maju
  • Mempunyai minat untuk mengembangkan perniagaan
  • Jenama perniagaan dikenali di kawasan setempat
  • Mempunyai sistem rantaian sokongan bermula dari – pengeluaran – pengagihan – logistik – bisnes bergerak/ kiosk tetap

arrow Kelebihan Menyertai Program B.I.T

  • Membantu mengubah perniagaan kepada konsep yang lebih moden
  • Membolehkan usahawan kecil menjadi lebih berdaya saing
  • Membolehkan usahawan kecil menjana pendapatan yang lebih tinggi melalui model perniagaan yang lebih cekap
  • Membolehkan usahawan untuk mengembangkan perniagaan dengan menawarkan peluang kepada orang lain

arrowKemudahan Pembiayaan Di Bawah Program B.I.T

Pra -Francaisi

  • Saiz pembiayaan sehingga RM25,000
  • Margin pembiayaan sehingga 90%
  • Caj keuntungan pada kadar 4.75%
  • Yuran perkhidmatan : RM50
  • Jenis pembiayaan : Skim Pembiayaan Islam (Tawarruq)
  • Jangkamasa pembiayaan : Sehingga 5 tahun (Kutipan pembayaran balik ke PNS akan dilakukan oleh pihak Pre-Francaisor)

Pra-Francaisor

  • Saiz pembiayaan sehingga RM500,000
  • Margin pembiayaan sehingga 90%
  • Caj keuntungan pada kadar 4.75%
  • Yuran perkhidmatan : minimum RM50 atau 1% dari jumlah pembiayaan yang mana lebih tinggi
  • Jenis pembiayaan : Skim Pembiayaan Islam (Tawarruq)
  • Jangkamasa pembiayaan : Sehingga 5 tahun
Click Here

Pendapat anda mengenai Program Pelatih Industri yang dilaksanakan oleh PNS

Undian

Adakah anda tahu bahawa PNS mempunyai pusat latihan di Janda Baik?

Pautan

Kementerian Anak Syarikat Agensi Lain – lain
KPDNKK Gloria Jean's MKM SKM SSM MyIPO MyCC Bank Rakyat myGov MSC

Maklumbalas PNS