Menu

We are apologize for the inconvenience but you need to download
more modern browser in order to be able to browse our page

Download Safari
Download Safari
Download Chrome
Download Chrome
Download Firefox
Download Firefox
Download IE 10+
Download IE 10+

Bahagian Operasi Perniagaan

Bahagian Operasi Perniagaan

Bahagian Operasi Perniagaan terdiri daripada tiga jabatan utama iaitu Jabatan Perniagaan, Jabatan Pembangunan Organisasi dan Jabatan Pengurusan Kredit.

Jabatan Perniagaan

  • Berperanan memasarkan keseluruhan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Perbadanan Nasional Berhad (PNS). Ia merangkumi produk berasaskan pembangunan francais, pembiayaan, pelaburan dan perkhidmatan. Antara jenis-jenis produk adalah seperti pembiayaan francais, pembiayaan pra-francais, program pembangunan francais, pelaburan ekuiti, dan pelaburan hartanah. Manakala perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti kursus-kursus berasaskan francais dan bukan francais, khidmat asas perakaunan dan perundingan.

  • Jabatan ini juga berperanan memproses setiap permohonan pembiayaan yang diterima sehingga diluluskan. Bagi urusan pengeluaran pembiayaan, ia akan diuruskan oleh jabatan seterusnya iaitu Jabatan Pengurusan Kredit. Selain daripada itu, para pegawai jabatan yang dikenali sebagai Pengurus Akaun juga bertanggungjawab menjaga hubungan baik dengan para pelanggan khususnya para francaisor dan sentiasa bersedia membantu dari segi keperluan dana pembiayaan, membantu menangani isu berkaitan francaisi di bawah pembiayaan PNS dan khidmat nasihat pembangunan francais. Jabatan ini juga dibantu oleh pejabat-pejabat Wilayah PNS yang bernaung di bawah jabatan ini. Pejabat Wilayah PNS berfungsi menjalankan aktiviti yang sama di peringkat ibu pejabat. Pejabat-pejabat Wilayah terbabit terdiri daripada Wilayah Utara, Wilayah Timur, Wilayah Tengah, Wilayah Selatan, Wilayah Sabah dan Wilayah Sarawak.

 

Jabatan Pembangunan Francais

Jabatan Pengurusan Kredit

  • Mengawal dan mengurus pengeluaran dana pembiayaan.
  • Memantau dan mengurus pembayaran balik pembiayaan.
  • Memantau prestasi akaun pembiayaan dan prestasi perniagaan pelanggan.
  • Melaksanakan aktiviti pengutipan tunggakan dan hutang (termasuk menerusi saluran perundangan).
  • Menjadual dan/atau menstruktur akaun pembiayaan yang bermasalah.
  • Mengawal kadar akaun tidak berbayar (“non – performing financing”).
  • Melupuskan hutang – hutang lapuk.
Undian

Tahukah anda bahawa pembayaran pembiayaan ansuran bulanan boleh dilakukan melalui JomPay?

Pautan

Kementerian Anak Syarikat Lain – lain
myGov Gloria Jean's MSC

Maklumbalas PNS