Menu

We are apologize for the inconvenience but you need to download
more modern browser in order to be able to browse our page

Download Safari
Download Safari
Download Chrome
Download Chrome
Download Firefox
Download Firefox
Download IE 10+
Download IE 10+

Bahagian Pentadbiran & Sokongan

Bahagian Pentadbiran dan Sokongan terbahagi kepada tiga (3) jabatan utama :

Jabatan Sumber Manusia dan Pentadbiran

  • Menguruskan proses pengambilan warga kerja supaya dapat menyumbang kepada kemajuan syarikat.
  • Menguruskan penilaian prestasi tahunan warga kerja.
  • Menguruskan ganjaran, kemudahan dan kebajikan warga kerja berdasarkan polisi syarikat.
  • Memastikan wargakerja mendapat manfaat disediakan oleh syarikat tanpa menyalahgunakan kemudahan yang disediakan oleh syarikat.
  • Mengurus dan mengemaskini maklumat warga kerja supaya terkini dan tepat.
  • Mengurus dan mengemaskini rekod cuti warga kerja dan memastikan ianya mematuhi terma dan syarat.
  • Menguruskan tuntutan bayaran balik warga kerja berdasarkan polisi syarikat.
  • Memastikan warga kerja berpengetahuan dan mahir dalam bidang kerja masing-masing dengan merancang dan mengenal pasti latihan dan kursus yang bersesuaian.
  • Menguruskan proses biasiswa kepada warga kerja dan anak warga kerja serta pinjaman kepada pihak luar untuk melanjutkan pelajaran.
  • Mengurus dan memastikan kualiti dan standard di dalam proses pembelian barang pejabat dan berdasarkan bajet yang telah ditetapkan.
  • Menguruskan aktiviti sukan dan kebajikan serta seminar-seminar kesihatan supaya warga kerja sihat dan mempunyai “life-style” yang seimbang.

 

Jabatan Sokongan dan Teknologi Maklumat

  • Memastikan penyediaan dan penggunaan IT adalah terancang, mencukupi dan berkesan dalam perjalanan urusan harian dan pentadbiranPNS.
  • Mengurus, mengawal selia serta menyenggara infrastruktur dan keperluan IT mengikut keperluan dan arahan dari semasa ke semasa.
  • Memastikan peralatan dan sistem berada di dalam keadaan yang baik dan memuaskan.
  • Menyelaras dan mengawasi penggunaan sistem, peralatan IT dan lain-lain kemudahan yang berkaitan.
  • Menyediakan bantuan dan sokongan teknikal sama ada aplikasi atau peralatan IT dan yang berkaitan.

 

Jabatan Komunikasi Korporat

  • Jabatan Komunikasi Korporat bertanggungjawab untuk membina, meningkat dan melindungi jenama korporat PNS,   reputasi dan imej melalui komunikasi dengan pihak dalaman dan luaran.
  • Bagi memastikan tanggungjawab tersebut dapat dicapai, Jabatan ini merangka dan melaksanakan aktiviti-aktiviti seperti Perhubungan Media, Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), Promosi & Penjenamaan, Komunikasi Pemasaran dan Komunikasi/Hubungan Pekerja.
  • Jabatan ini bukan sahaja fokus di dalam  mempromosi produk-produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh PNS, malahan juga berperanan untuk menjalinkan hubungan baik dengan pelbagai pihak termasuklah dengan Kementerian, pemegang-pemegang saham, media, penggiat industri, agensi-agensi kerajaan serta swasta, persatuan-persatuan industri, termasuklah agensi-agensi yang berkaitan di dalam dan luar negara.
Undian

Adakah anda akan mengesyorkan PNS kepada rakan-rakan yang mahu menjalankan perniagaan francais?

Pautan

Kementerian Anak Syarikat Agensi Lain – lain
KPDNKK Gloria Jean's myfranchise MKM SKM SSM MyIPO MyCC Bank Rakyat myGov MSC

Maklumbalas