Menu

We are apologize for the inconvenience but you need to download
more modern browser in order to be able to browse our page

Download Safari
Download Safari
Download Chrome
Download Chrome
Download Firefox
Download Firefox
Download IE 10+
Download IE 10+

Bahagian Strategi Korporat

Bahagian Strategi Korporat

Bahagian Strategi Korporat ini terdiri daripada dua jabatan utama iaitu Jabatan Perancangan Perniagaan dan Jabatan Pembangunan Organisasi.
Jabatan Perancangan Perniagaan

  • Melaksana strategi pemasaran dan pelan pasaran perniagaan bagi menyokong strategi perniagaan.
  • Mengkaji dan menambahbaik amalan perniagaan, produk pelaburan dan operasi mengikut pematuhan prinsip-prinsip Syariah.
  • Membangunkan produk baru berlandaskan Syariah dan produk lain yang berkaitan dengan organisasi mengikut mandat yang diberikan.
  • Mengkaji dan menambahbaik semula produk sedia ada untuk selaras dengan trend pasaran semasa dan permintaan.
  • Pusat utama dalam perkara-perkara berkaitan Syariah antara Jabatan dan Penasihat Syariah yang dilantik.
  • Pembentukan perancangan strategik syarikat untuk jangka pendek dan jangka panjang merangkumi pelaksanaan dan pemantauan.
  • Penyediaan Laporan Tahunan Korporat KPI untuk dikemukakan kepada Kementerian Kewangan.
  • Menyelaraskan pembentukan “Top Line KPI” di tahap Bahagian dan Jabatan.
  • Mengendalikan dan memantau prestasi pencapaian KPI bulanan, suku tahun, pertengahan dan akhir tahun di peringkat Kementerian, Korporat, Bahagian dan Jabatan.
  • Menyediakan laporan kepada Kementerian mengenai pencapaian KPI pada setiap bulan dan setiap suku tahun.
  • Menguruskan projek-projek khas atas arahan Pihak Pengurusan.
  • Menyelaraskan keperluan projek perantaraan pasukan projek dan pengurusan bagi menguruskan projek dan membuat keputusan.
  • Memastikan objektif keseluruhan skop projek dipenuhi.

 

Jabatan Pembangunan Organisasi

  • Merancang, menyelaras, memimpin dan membangunkan fungsi pembangunan organisasi.
  • Berperanan sebagai “agen perubahan” dalam menyokong inisiatif yang baru di dalam strategi untuk memimpin dan menguruskan perubahan.
  • Membangunkan strategi perlaksanaan bagi komunikasi, bimbingan, latihan, kebertanggungjawab dan ganjaran untuk mengukuhkan proses penambaikan.
  • Perlaksanaan pembangunan bakat kepimpinan dan proses pengurusan prestasi kepimpinan.
  • Menyelaraskan pembangunan kepimpinan, pengurusan prestasi dan inisiatif-inisiatif lain bagi mengenalpasti strategi perniagaan untuk jangka masa pendek, pertengahan dan jangka panjang.
  • Mengenalpasti isu-isu yang memberikan kesan terhadap keseluruhan organisasi, meliputi moral, keberkesanan, perolehan, ketidakhadiran dan produktiviti.
  • Memberi nasihat berbentuk analitikal dan profesional dalam pengurusan proses perniagaan, meliputi pembangunan dan penambaikan dasar polisi dan prosedur, kaedah dan peraturan bagi menyokong strategi dan hala tuju keseluruhan organisasi.
  • Menggalakkan pencapaian kualiti dan peningkatan prestasi di seluruh organisasi.
  • Membangunkan, melaksanakan, berinteraksi dan mengekalkan rancangan kualiti untuk menjadikan Sistem Kualiti dan Polisi Syarikat sebagai satu syarat Pematuhan.
  • Memastikan pematuhan Kualiti mengikut piawaian Negara, Antarabangsa, Undang-undang dan ISO.
  • Menyediakan laporan pihak pengurusan mengenai laporan Sistem Pengurusan Kualiti.
  • Menyelaras Audit ISO pada setiap tahun.
  • Merancang Pengurusan Kualiti dan Pensijilan ISO untuk syarikat.
  • Merancang lain-lain pensijilan atau anugerah kualiti untuk syarikat.
  • Menguruskan data dan laporan untuk organisasi dengan tepat dan dilaporkan dalam masa yang ditetapkan.
  • Membantu Pengarah Urusan dalam penyediaan bahan pembentangan untuk Mesyuarat Post Kabinet dan mesyuarat luar.
Undian

Adakah media sosial sumber utama informasi anda?

Pautan

Kementerian Anak Syarikat Agensi Lain – lain
KPDNKK Gloria Jean's MKM SKM SSM MyIPO MyCC Bank Rakyat myGov MSC

Maklumbalas PNS