Menu

We are apologize for the inconvenience but you need to download
more modern browser in order to be able to browse our page

Download Safari
Download Safari
Download Chrome
Download Chrome
Download Firefox
Download Firefox
Download IE 10+
Download IE 10+

Jabatan Pengurusan Risiko

Jabatan Pengurusan Risiko

  • Melaksanakan tugas pengurusan risiko syarikat dari semasa ke semasa. Jabatan Pengurusan Risiko adalah sebuah jabatan yang bebas dan tidak berorientasikan sasaran keuntungan syarikat.
  • Jabatan ini diketuai oleh Pengurus Risiko (atau jawatan yang setara yang memenuhi keperluan jabatan). Jabatan ini juga bertanggungjawab untuk mengenalpasti, memantau, menilai serta menguruskan risiko operasi yang ditanggung oleh Syarikat.

 

Strategik

  • Membangunkan dan mencadangkan prinsip pengurusan risiko dan strategi kepada Jawatankuasa Pengurusan Risiko (JPR) untuk kelulusan.
  • Mengkaji maklum balas serta panduan yang diberikan oleh JPR dan Pengurusan berkenaan hal-hal polisi pengurusan risiko, amalan, langkah-langkah dan prosedur serta strategi perniagaan, rancangan dan belanjawan untuk memastikan strategi perniagaan adalah selaras dengan strategi risiko.
  • Mengetengahkan isu-isu pengurusan risiko yang timbul daripada pemantauan dan pendedahan risiko kepada JPR untuk tujuan  perbincangan dan tindakan selanjutnya.
  • Sebagai pemilik polisi pengurusan risiko, membangun dan menambahbaik dasar-dasar pengurusan risiko.
  • Memastikan sistem Syarikat adalah selaras dengan prinsip pengurusan risiko seperti yang  diluluskan oleh Jawatankuasa Pengarah Audit & Risiko (JPAR).
  • Mewujudkan definisi risiko yang komprehensif dengan tujuan untuk  mengenal pasti risiko, penilaian, pemantauan, kawalan dan unsur-unsur mitigasi untuk menggalakkan konsistensi dan ketelusan didalam aspek pengurusan.
  • Memaklumkan penetapan tahap risiko / toleransi risiko yang mampu dihadapi oleh Syarikat atau diperingkat Bahagian / Jabatan kepada JPAR dan seterusnya dibentangkan kepada Lembaga Pengurusan.
  • Memberikan cadangan terperinci tentang parameter kuantitatif (contoh; toleransi keatas kekerapan kerugian risiko operasi dll) serta tahap penerimaan risiko / toleransi risiko kepada JPAR dan seterusnya kepada Lembaga Pengarah.
  • Menilai isu-isu risiko didalam kertas cadangan garis panduan untuk produk/perkhidmatan (termasuk variasi produk) baharu serta memberi pendapat dan penilaian risiko yang berkaitan. Membentangkan cadangan kepada JPAR berhubung kelulusan produk/perkhidmatan baharu ini.
  • Memberikan kesedaran yang berterusan mengenai perubahan dan pindaan dalam profil risiko Syarikat untuk memastikan aktiviti perniagaan adalah selaras dengan strategi risiko.

 

Pengurusan

  • Menyelaraskan isu-isu risiko yang meliputi pengurusan risiko pasaran, pengurusan risiko kredit dan pengurusan risiko operasi.
  • Membantu Pengurusan dalam memberikan laporan yang jelas mengenai keseluruhan aktiviti perniagaan daripada pandangan pengurusan risiko dan selanjutnya memberikan cadangan dalam menangani isu-isu dari aspek pengurusan risiko kepada JPR.
  • Mencadangkan berkenaan tenaga kerja tahunan serta perancangan peningkatan kemahiran kakitangan Jabatan Pengurusan Risiko. Mengesyorkan belanjawan kewangan Jabatan Pengurusan Risiko dan untuk aktiviti-aktiviti pengurusan risiko yang menyeluruh kepada JPR.
  • Memastikan keseluruhan organisasi samada Bahagian/Jabatan mematuhi struktur Syarikat yang sememangnya berasaskan pengurusan risiko yang kukuh, proses pengurusan dan kawalan dalaman seperti yang telah dimandatkan didalam  dasar pengurusan risiko Syarikat.
  • Mengesyorkan rangka kerja pengurusan berteraskan prestasi yang mana ianya selaras dengan dasar perniagaan dan strategi risiko Syarikat kepada JPR. Rangka kerja ini seterusnya akan digunapakai oleh Fungsi Sumber Manusia secara komprehensif. Ini adalah usaha untuk menggalakan suasana kerja yang berorientasikan prestasi serta gaya pengurusan yang telah mengambil kira isi-isu risiko.
  • Memupuk budaya pengurusan risiko yang proaktif di keseluruhan organisasi agar proses pengurusan risiko digunapakai dalam praktis harian
  • Menambahkan program-program untuk memastikan bahawa kegiatan perniagaan dan operasi PNS adalah berterusan dan kakitangan adalah terlatih dalam hal-hal berkenaan pengurussan risiko.
  • Membentuk kecekapan dan kepakaran kakitangan Jabatan secara berterusan untuk menguruskan risiko Syarikat dengan jayanya.

 

Penilaian & Pengukuran

  • Membangunkan dan seterusnya mencadangkan metodologi risiko untuk tujuan penilaian dan pengurusan risiko yang yang mungkin timbul dari aktiviti perniagaan dan operasi Syarikat.
  • Memastikan kesesuaian kaedah penilaian risiko (termasuk andaian yang dibuat dalam metodologi) dalam persekitaran perniagaan semasa.
  • Mengesyorkan tahap risiko yang optimum kepada JPR dan memastikan tahap risiko adalah bersesuaian dengan aktiviti perniagaan Syarikat.
  • Memberikan khidmat nasihat kepada JPR dan Lembaga Pengarah (jika diperlukan) berkenaan kesan langkah-langkah risiko keatas strategi perniagaan.
  • Menjalankan “ujian toleransi risiko” serta analisa senario ke atas portfilio Syarikat.

 

Proses & Teknologi Pembolehubah

  • Menjalankan perancangan secara aktif dan merangka proses pengurusan risiko bagi memastikan kawalan dalaman yang memuaskan serta proses dan sistem yang cekap dan berdaya saing.
  • Memantau dan melakukan analisa risiko yang dihadapi Syarikat agar ianya selaras dengan risiko strategi dan objektif; juga untuk memastikan ia tidak melanggar had risiko yang telah ditetapkan.
  • Menyediakan dan seterusnya membentangkan kepada JPR untuk kelulusan berkenaan peruntukan belanjawan tahunan dari sumber kewangan yang mencukupi  agar mampu membiayai peranan pengurusan risiko (termasuk kakitangan, sistem dan teknologi) Syarikat.
  • Memastikan alat, sistem dan sumber yang mencukupi untuk menjalan tugas-tugas pengurusan risiko yang berkesan di dalam Syarikat.
  • Bertanggungjawab ke atas penggunaan bajet dan sumber yang tersedia untuk tujuan pengurusan risiko (operasi dan naik taraf)
Undian

Adakah anda tahu bahawa PNS mempunyai pusat latihan di Janda Baik?

Pautan

Kementerian Anak Syarikat Lain – lain
myGov Gloria Jean's MSC

Maklumbalas PNS