Menu

We are apologize for the inconvenience but you need to download
more modern browser in order to be able to browse our page

Download Safari
Download Safari
Download Chrome
Download Chrome
Download Firefox
Download Firefox
Download IE 10+
Download IE 10+

Terma & Syarat

Di bawah adalah ‘Terma dan Syarat’ yang digunapakai untuk laman web ini. Ianya menyatakan hak-hak dan kewajipan anda semasa mengakses atau menggunakan maklumat dan perkhidmatan-perkhidmatan di laman ini. Jika anda telah melayari laman web ini, anda telah mengetahui dan bersetuju bahawa anda terikat dengan ‘Terma dan Syarat’ serta memeterai satu perjanjian antara anda, pelanggan, dan kami, iaitu pihak PNS bagi akses mahupun penggunaan.

Sekiranya perubahan ‘Terma dan Syarat’ terkini menggantikan syarat-syarat yang anda terima atau akses sebelumnya melalui laman web, penerusan penggunaan atau akses anda akan dianggap sebagai anda bersetuju untuk mematuhi segala ‘Terma dan Syarat’.

Pembatasan Liabiliti
Anda telah memahami dan bersetuju yang pihak laman web ini tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kerosakan secara langsung, tidak langsung, ganti rugi khas, akibat atau dapat dicontohi, termasuk tetapi tidak dihadkan kepada, kerosakan-kerosakan untuk kemudaratan keuntungan-keuntungan, muhibah atau lain-lain kerugian kecil hasil daripada:

  • Penggunaan atau ketidakupayaan menggunakan laman web;
  • Kos perolehan barang pengganti dan perkhidmatan daripada apa-apa barang, data, maklumat atau perkhidmatan dibeli atau diperolehi mahupun mesej penerimaan atau transaksi-transaksi secara terus atau daripada laman web;
  • Akses tanpa kebenaran atau perubahan penghantaran anda atau data;
  • Kenyataan-kenyataan atau arahan daripada mana-mana pihak ketiga  pada laman web
  • Sebarang perkara yang berkaitan dengan laman web.
Pautan
Laman web ada juga menyediakan pautan ke laman-laman web yang lain. Laman web yang dipaut adalah dimiliki dan dikendali oleh pihak ketiga dan oleh itu, laman web ini tidak mengawal laman-laman tersebut atau sumber-sumbernya. Anda mengakui dan bersetuju bahawa laman web ini adalah tidak bertanggungjawab ke atas ketersediaan laman-laman dan sumber-sumber dari luar,  tidak menyokong dan tidak bertanggungjawab  terhadap sebarang isi kandungan, pengiklanan, produk-produk, atau pada bahan-bahan lain atau boleh didapati daripada laman atau sumber-sumber tersebut. Anda juga mengakui dan bersetuju yang laman web tidak akan bertanggungjawab atau bertanggungjawab secara langsung mahupun tidak langsung untuk sebarang kerosakan atau kehilangan.
Penamatan
Laman web boleh menamatkan akses anda untuk mana-mana bahagian atau semua  perkhidmatan yang berkaitan pada bila-bila masa, atau dengan tanpa sebab, mahupun tanpa notis, boleh berkuatkuasa serta-merta. Laman web boleh menamatkan atau menggantung akaun anda kerana tidak aktif seperti kegagalan untuk daftar masuk kepada perkhidmatan untuk jangka masa yang lama. Anda telah bersetuju yang laman web ini tidak bertanggungjawab terhadap anda atau pihak ketiga atas penamatan akses anda untuk perkhidmatan ini.

Halaman: 1 2

Undian

Tahukah anda bahawa pembayaran pembiayaan ansuran bulanan boleh dilakukan melalui JomPay?

Pautan

Kementerian Anak Syarikat Lain – lain
myGov Gloria Jean's MSC

Maklumbalas PNS