Menu

We are apologize for the inconvenience but you need to download
more modern browser in order to be able to browse our page

Download Safari
Download Safari
Download Chrome
Download Chrome
Download Firefox
Download Firefox
Download IE 10+
Download IE 10+

Pelaksanaan GST sifar beri impak positif

Date: 01 Jun 2018 Source :Utusan Malaysia

Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sifar memberi impak positif kepada pemegang francais dari aspek pembelian apabila dasar tersebut dilaksanakan bermula hari ini.

Pengarah Urusan Perbadanan Nasional Berhad, Datuk Syed Kamarulzaman Syed Zainol Khodki Shahabudin berkata, walau bagaimanapun dalam bulan Ramadan, impak pelaksanaan dasar tersebut masih belum dapat dinilai sepenuhnya.

“Pada bulan Ramadan ini ada perniagaan francais yang membuat jualan yang tinggi, ada yang sebaliknya. Ini bergantung kepada jenis perniagaan

“Jakel misalnya menjual pakaian hari raya sudah pasti jualannya laris. Berbanding perniagaan makanan yang hanya memulakan perniagaan antara pukul 5 petang hingga 10 malam, sudah pasti jualannya kurang,“ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam program Sumbangan Baju Raya Untuk Golongan Kurang Berkemampuan di Jakel Seksyen 7, di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Jakel Trading, Mohamed Izani Mohamed Jakel memberitahu, pelaksanaan GST sifar memberi tambahan nilai belian untuk para pelanggannya.

“Hari ini baharu hari pertama pelaksanaan GST sifar, namun bagi pembeli mereka boleh membeli lebih banyak barang dengan lebihan enam peratus tersebut.

“Apa pun kita tunggu impak jangka panjang pelaksanaan GST sifar ini,” katanya. — Utusan Malaysia

Poll

Do you know that your monthly financing installment payment can be made via JOMPay?

Related Link

Ministry Subsidiaries Others
myGov Gloria Jean's MSC

Feedback PNS