Menu

We are apologize for the inconvenience but you need to download
more modern browser in order to be able to browse our page

Download Safari
Download Safari
Download Chrome
Download Chrome
Download Firefox
Download Firefox
Download IE 10+
Download IE 10+

PNS Sasar 20 Usahawan Tembusi Singapura, Indonesia

Date     : 17 Julai 2017
Source : Berita Harian

KUALA LUMPUR: Perbadanan Nasional Berhad (PNS) menyasarkan kira-kira 20 usahawan tempatan akan mengembangkan perniagaan syarikat francais mereka di Singapura dan Indonesia, bermula tahun depan.

Ketika ini, lebih 30 usahawan tempatan berkaitan beroperasi di Thailand, Kemboja dan Vietnam.

Pengarah Urusan PNS, Datuk Syed Kamarulzaman Syed Zainol Khodki Shahabudin, berkata mereka yang terbabit terdiri daripada sektor makanan dan minuman (F&B), pendidikan dan perkhidmatan.

Katanya, sebelum ‘berhijrah’ ke negara luar, usahawan terbabit perlu mempunyai pengetahuan mendalam mengenai selok-belok perniagaan bagi memastikan mereka mendapat hasil positif.

“Usahawan tidak boleh hanya memberi fokus kepada keluaran produk, mereka perlu memastikan ilmu cukup sebelum ke luar negara (buka syarikat francais) kerana setiap negara ada peraturan masing-masing.

“Kita kena cari rakan niaga yang sesuai, perkara sebegini memerlukan masa, kerana impaknya untuk jangka masa yang panjang,” katanya pada sidang media Majlis Jalinan Lebaran Aidilfitri PNS 2017 di sini, hari ini.

Semalam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta PNS mengakhiri misi perdagangan antarabangsa ke Thailand selepas meninjau peluang francais di negara berkenaan.

**The news are only available in Bahasa Malaysia version due to its copyright. No translation can be made**

Poll
Poll

Are you interested to participate in the Entrepreneurship program offered by PNS Academy?

Related Link

Ministry Subsidiaries Agencies Others
KPDNKK Gloria Jean's myfranchise MKM SKM SSM MyIPO MyCC Bank Rakyat myGov MSC

Feedback