Menu

We are apologize for the inconvenience but you need to download
more modern browser in order to be able to browse our page

Download Safari
Download Safari
Download Chrome
Download Chrome
Download Firefox
Download Firefox
Download IE 10+
Download IE 10+

1,000 KR1M 2.0 bakal dibuka di Lembah Klang

Date: 08 Feb 2018 Source :Sinar Harian

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyasarkan untuk membuka 1,000 Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0 di Lembah Klang menjelang hujung tahun ini.

Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, jumlah itu adalah sebahagian daripada 3,000 KR1M 2.0 yang disasarkan di seluruh negara pada 2020.

Setakat ini, 50 KR1M 2.0 sudah beroperasi.

“Bagi pembukaan KRIM 2.0 ini, kita akan meneruskan kerjasama dengan syarikat peruncitan KK Mart sebagai rakan strategik untuk menyalurkan barangan pada harga yang murah selain turut mempelawa penyertaan lebih ramai pembekal bagi memastikan bekalan sentiasa mencukupi.

“Kedai-kedai berkenaan (KR1M 2.0)  akan menggunakan label seperti ‘KK Mart KR1M 2.0’ bagi membezakan dengan kedai-kedai runcit yang lain,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan siri pertama program jelajah ‘Student Entrepreneurship Programme ‘ (1st STEP) anjuran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan.

Penganjuran julung kali 1st STEP anjuran SSM dilaksanakan bagi memupuk minat keusahawanan murid sejak di bangku sekolah.

Mengulas mengenai 1st STEP, Hamzah berkata program itu bukan sahaja memberi peluang kepada pelajar untuk mengetahui kemudahan pembiayaan yang disediakan kerajaan bagi memulakan perniagaan tetapi turut memberi latihan keusahawanan kepada mereka.

Program yang dijalankan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan itu turut melancarkan dua  buku teks subjek perniagaan dan perakaunan Tingkatan Lima bagi mengemas kini kandungan berkaitan SSM.

Kandungan baharu berkaitan SSM dalam buku tersebut akan memuatkan Akta Syarikat 2016 selepas pemansuhan Akta Syarikat 1956. — Bernama

Poll

Do you know that your monthly financing installment payment can be made via JOMPay?

Poll

Do you know that your monthly financing installment payment can be made via JOMPay?

Related Link

Ministry Subsidiaries Agencies Others
KPDNKK Gloria Jean's MKM SKM SSM MyIPO MyCC Bank Rakyat myGov MSC

Feedback PNS