Menu

We are apologize for the inconvenience but you need to download
more modern browser in order to be able to browse our page

Download Safari
Download Safari
Download Chrome
Download Chrome
Download Firefox
Download Firefox
Download IE 10+
Download IE 10+

BIT terus hasil usahawan francais

Date : 02 January 2018 Source: Kosmo Online

BIT terus hasil usahawan francais

SYED KAMARULZAMAN (kiri) dan Basaruddin (kanan) melakukan demonstrasi memasak putu bambu di dalam kendera saji MD Putu Bambu World di Ampang Jaya baru-baru ini.

AMPANG JAYA – Perbadanan Nasional Bhd. (PNS) menjangkakan lima lagi usahawan di bawah program Transformasi Perniagaan (BIT) kendaliannya bakal menerima lesen francais pada tahun ini.

Pengarah Urusannya, Datuk Syed Kamarulzaman Syed Zainol Khodki Shabudin berkata, pada masa ini sebanyak empat usahawan menerusi empat jenama telah menerima lesen sebagai francaisor di bawah program berkenaan iaitu MD Putu Bambu World, Otak-Otak JB, L Pizz Pizza dan D’Apple.“Sehingga akhir tahun 2017, sebanyak lima syarikat telah menghantar dokumentasi bagi membuat permohonan sebagai francaisor dan kami sedang meneliti permohonan tersebut untuk menentukan kelayakan mereka.

“Apa yang paling penting di sini adalah tidak mengejar kuantiti, sebaliknya mencari usahawan yang benar-benar berkualiti bagi memastikan jenama francais yang dibina dapat bertahan dan terus berkembang pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis penye¬rahan kunci kendera saji dan cawangan MD Putu Bambu World di sini baru-baru ini.Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha Perdagangan Dalam Negeri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Basaruddin Sadali.

BIT merupakan sebuah program transformasi perniagaan prafrancais yang memboleh¬kan usahawan kecil menjadi lebih berdaya saing dan sistematik dalam menjalankan perniagaan agar mampu menjana lebih keuntungan serta mengembangkan perniagaan secara lebih berkesan.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai prospek industri francais bagi tahun ini, Syed Kamarulzaman berkata, meskipun 2017 merupakan tahun yang mencabar, namun pihaknya menjangkakan tiada sebarang masalah bagi suku pertama tahun ini.

**The news are only available in Bahasa Malaysia version due to its copyright. No translation can be made**

 

Poll

Do you know that your monthly financing installment payment can be made via JOMPay?

Poll

Your opinion on the Practical Student Programs implemented by PNS?

Related Link

Ministry Subsidiaries Agencies Others
KPDNKK Gloria Jean's MKM SKM SSM MyIPO MyCC Bank Rakyat myGov MSC

Feedback PNS