Pengarah Eksekutifnya, Jeff Yong berkata, perluasan rangkaian perniagaannya itu akan dilaksanakan melalui konsep francais dan menawarkan peluang niaga berpotensi kepada usahawan bumiputera yang berminat.

Hair Depot

Menurutnya, usahawan akan dilatih dan diberi bimbingan dalam industri tersebut.

Bantuan dana bakal dibantu oleh Perbadanan Nasional Bhd. (PNS).

“Pelaburan untuk membuka sebuah cawangan baharu ialah sebanyak RM350,000.

“Berdasarkan pengalaman syarikat yang luas dalam bidang ini, kami optimis terhadap industri peruncitan penjagaan rambut serta kulit kepala ini akan terus berkembang dan pulangan modal bakal dilihat selepas tahun ketiga operasinya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar me­ngumumkan hala tuju perniagaan HairDepot di sini baru-baru ini.

Jeff menjelaskan, buat masa ini, syarikat memiliki 30 cawangan yang mana 25 rangkaian itu diuruskan oleh ibu pejabatnya manakala baki lima lagi terdiri daripada rangkaian di bawah konsep perlesenan oleh usahawan lain.

Tambah beliau, syarikat telah merangka strategi untuk memiliki 100 rangkaian pada masa depan sekali gus mahu menjadi peneraju dalam perniagaan peruncitan pelbagai produk berkaitan rambut dan penjagaan kulit kepala di Malaysia.

“Fokusnya kini ialah menyelesaikan masalah pe­langgan dan menawarkan produk berkualiti dengan standard jenama antarabangsa pada harga mampu milik.

“Kami juga akan terus memberi tumpuan dalam kajian dan pembangunan untuk menghasilkan produk-produk baharu bersesuaian dengan gaya hidup pelanggan masa kini,” ujarnya.

Tambah Jeff, syarikat bakal memperkenalkan lapan hingga 10 produk baharu pada tahun ini,

HairDepot kini menawarkan lebih daripada 1,000 produk di bawah le­bih 20 jenama milik sendiri, selain jenama Midori, Greenology, Herbalogist dan The Hair Story.

**The news are only available in Bahasa Malaysia version due to its copyright. No translation can be made**