Menu

We are apologize for the inconvenience but you need to download
more modern browser in order to be able to browse our page

Download Safari
Download Safari
Download Chrome
Download Chrome
Download Firefox
Download Firefox
Download IE 10+
Download IE 10+

KR1M 2.0 Terima Sambutan Luar Biasa

Date: 06 Feb 2018 Source : Malaysia Digest

Pengurus Cawangan TMG Mall Temerloh, Loo Yap Wai berkata, ramai pelanggan tidak putus-putus mengunjungi pasar raya berkenaan untuk mendapatkan barangan keperluan yang dijual pada harga rendah dan berpatutan.

Menurut beliau, sam­butan luar biasa itu menyaksikan kehadiran pelanggan ke pasar raya berkenaan meningkat 100 peratus hari ini berbanding sebelumnya.

“Sambutan yang baik ini menunjukkan masyarakat menyokong pelaksanaan KR1M 2.0 di pasar raya ini yang dapat menawarkan harga murah dan berpatutan.

“Kita akan memberi sokongan kepada program ini secara berterusan dan memastikan stok barang-barang sentiasa mencukupi untuk keperluan pengguna,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

KR1M 2.0 menjual sebanyak 50 barang keperluan harian berjenama pada harga lebih rendah berbanding pasaran di 51 premis kedai berkenaan di seluruh negara bermula bulan ini.

Menurut Yap Wai, antara barangan yang mendapat permintaan tinggi adalah tepung gandum satu kilogram dan beras cap Bunga Raya 10 kilogram yang dijual pada harga lebih murah berbanding pasaran.

Selain itu, katanya, pelbagai barangan lain yang dijual dengan harga berpatutan seperti Maggi dan Milo mendapat sambutan amat baik daripada pengguna.

Sementara itu, seorang pengguna, Zuraimi Samsuddin, 48, berkata, inisiatif kerajaan melancarkan KR1M 2.0 adalah bertepatan untuk meringankan beban pengguna pada masa ini.

– Utusan Online

Poll

Do you know that your monthly financing installment payment can be made via JOMPay?

Poll

Your opinion on the Practical Student Programs implemented by PNS?

Related Link

Ministry Subsidiaries Agencies Others
KPDNKK Gloria Jean's MKM SKM SSM MyIPO MyCC Bank Rakyat myGov MSC

Feedback PNS