Menu

We are apologize for the inconvenience but you need to download
more modern browser in order to be able to browse our page

Download Safari
Download Safari
Download Chrome
Download Chrome
Download Firefox
Download Firefox
Download IE 10+
Download IE 10+

ANYTIME FITNESS SASAR 40 CAWANGAN

Date    : 2 January 2017
Source  : Utusan Online

Pemegang francais pusat kecergasan berpangkalan di Amerika Syarikat, Anytime Fitness Malaysia merancang untuk membuka sehingga 40 gimnasium menjelang Jun 2017.

Pengarahnya, Dr. Ali Roodgar berkata, sehingga kini, sebanyak 15 gimnasium sudah dibuka di Lembah Klang dan satu cawangan di Austin Heights, Johor.

Katanya, Anytime Fitness Malaysia sedang giat mencari pelabur dan francaisor yang berminat untuk memperluaskan kehadiran gimnasium berkenaan.

Jelas beliau, pihaknya merancang untuk membuka cawangan baharu di Johor, Selangor, Pulau Pinang dan Sabah pada tahun ini.

“Kos sebanyak RM1.2 juta dan RM1.5 juta sebagai modal permulaan untuk membuka sebuah pusat kecergasan bergantung kepada saiz dan lokasi.
“Kami juga bekerjasama dengan Perbadanan Nasional Bhd., (PNS) untuk memohon menyediakan pembiayaan francais,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Anytime Fitness Malaysia baru-baru ini melancarkan gimnasium patuh syariah pertama di Malaysia yang terletak di Zeva Boulevard, Seri Kembangan.

Yang turut hadir Pengarah Urusan PNS, Datuk Syed Kamarulzaman Syed Zainol Khodki Shahabudin dan Pemilik Anytime Fitness cawangan Seri Kembangan, Dr. Mohamed Kamal Hisa.

Konsep patuh syariah yang diperkenalkan oleh Anytime Fitness Malaysia menawarkan kelas senaman berasingan bagi lelaki dan wanita.

**The news are only available in Bahasa Malaysia version due to its copyright. No translation can be made**

Poll
Poll

Do you utilise social media as your main source of information?

Related Link

Ministry Subsidiaries Agencies Others
KPDNKK Gloria Jean's MKM SKM SSM MyIPO MyCC Bank Rakyat myGov MSC

Feedback PNS