Menu

We are apologize for the inconvenience but you need to download
more modern browser in order to be able to browse our page

Download Safari
Download Safari
Download Chrome
Download Chrome
Download Firefox
Download Firefox
Download IE 10+
Download IE 10+

PAPPARICH KE PASARAN ASIA BARAT, EROPAH

Date     : 2 January 2017
Source : Utusan Online

KUALA LUMPUR 2 Jan. – PappaRich Group Sdn. Bhd. merancang meluaskan kehadirannya ke pasaran Asia Barat dan Eropah dalam tempoh 24 bulan bagi mengembangkan lagi perniagaan francais restorannya.
Pengarah Sektor Makanan dan Minuman (F&B) PappaRich Malaysia, Ong Phoe Be berkata, ketika ini restoran makanan yang menampilkan sajian hidangan Malaysia itu telah bertapak di 11 buah negara antaranya Malaysia, Australia, Amerika Syarikat, New Zealand dan Korea Selatan.

Katanya, permintaan bagi pembukaan cawangan baharu sentiasa ada biarpun berhadapan dengan situasi kemerosotan nilai mata wang ringgit dan ketidaktentuan ekonomi.

“Sektor F&B kekal menjadi permintaan orang ramai biarpun pada waktu-waktu sukar seperti sekarang.

“PappaRich juga sentiasa mengintai peluang-peluang meluaskan perniagaan di negara-negara yang berpotensi menjadikan jenama PappaRich kekal utuh,” kata­nya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Tambah Phoe Be, biarpun berhadapan dengan cabaran dalam meneruskan perniagaan, Pappa­-Rich Malaysia kekal komited dalam memberikan perkhidmatan dan layanan terbaik bagi pelanggan serta pemegang lesen francaisnya.

“Kami memberikan latihan baik dari segi cara menguruskan perniagaan dan restoran sehinggalah kepada cara melayan pelanggan bagi memastikan kualiti perkhidmatan terbaik diberikan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga melihat potensi bagi industri F&B francais untuk berkembang ke pasaran luar negara adalah tinggi, jika diberi peluang dan komited menjalankan perniagaan.

**The news are only available in Bahasa Malaysia version due to its copyright. No translation can be made**

Poll
Poll

Do you utilise social media as your main source of information?

Related Link

Ministry Subsidiaries Agencies Others
KPDNKK Gloria Jean's MKM SKM SSM MyIPO MyCC Bank Rakyat myGov MSC

Feedback PNS