Menu

We are apologize for the inconvenience but you need to download
more modern browser in order to be able to browse our page

Download Safari
Download Safari
Download Chrome
Download Chrome
Download Firefox
Download Firefox
Download IE 10+
Download IE 10+

PNS Kerjasama Dengan ASQ

Date     : 21 April 2017
Source : Berita Harian Online

Perbadanan Nasional Bhd (PNS) menerokai satu lagi perniagaan francais luar negara menerusi kerjasama dengan syarikat minyak wangi terbesar di Arab Saudi, Syarikat Abdul Samad Al Qurashi (ASQ).

Kerjasama itu bagi membawa masuk jenama baharu antarabangsa ke Malaysia menerusi perjanjian usaha sama dan perjanjian hak eksklusif pembangunan francais bersama.

Turut disasarkan menerusi kerjasama itu ialah pembukaan 13 cawangan merangkumi Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei dalam tempoh lima tahun membabitkan jumlah pelaburan sebanyak RM21.8 juta.

Pengarah Urusan PNS, Datuk Syed Kamarulzaman Syed Zainol Khodki Shahabudin, berkata menerusi perjanjian yang dipersetujui bersama itu, sebuah syarikat ditubuhkan secara usaha sama iaitu PNS ASQ Asia Sdn Bhd (PNS ASQ Asia) bagi mengembangkan produk ASQ di pasaran Asia.

Melalui perjanjian itu, katanya, PNS akan memiliki 51 peratus saham dalam syarikat, manakala ASQ memiliki bakinya iaitu 49 peratus.

Beliau berkata, PNS ASQ Asia turut dilantik sebagai francais induk bagi mengembangkan perniagaan francais ASQ di Malaysia dan luar negara.

“Tahun ini, PNS menyasarkan pembukaan dua cawangan ASQ di Malaysia yang mana satu cawangan sementara kini sudah beroperasi di Menara PNS, Bangsar South, bermula Mac lalu,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.
Syed Kamarulzaman berkata, jika permintaan terhadap produk minyak wangi jenama ASQ mendapat sambutan tinggi di pasaran Asia, perancangan seterusnya adalah mempelbagaikan penawaran produk perniagaan melalui jenama lain di bawah ASQ.

**The news are only available in Bahasa Malaysia version due to its copyright. No translation can be made**

Poll
Poll

Do you know that PNS owned a resort and training centre at Janda Baik?

Related Link

Ministry Subsidiaries Agencies Others
KPDNKK Gloria Jean's MKM SKM SSM MyIPO MyCC Bank Rakyat myGov MSC

Feedback PNS