Menu

We are apologize for the inconvenience but you need to download
more modern browser in order to be able to browse our page

Download Safari
Download Safari
Download Chrome
Download Chrome
Download Firefox
Download Firefox
Download IE 10+
Download IE 10+

PNS sedia dana RM35 juta biaya usahawan francais

Date: 26 Jan 2018
Source : Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 26 Jan. – Perbadanan Nasional Bhd. (PNS) memperuntukkan antara RM30 juta hingga RM35 juta tahun ini untuk membiayai usahawan yang berminat menjalankan perniagaan francais.

Pengarah Urusannya, Datuk Syed Kamarulzaman Syed Zainol Khodki Shahabudin berkata, jumlah itu sama dengan apa yang diperuntukkan tahun lalu bagi membia¬yai usahawan francais.

“Kami menjangkakan peruntukan ini dapat memberi manfaat kepada 200 hingga 250 orang usahawan tahun ini,” katanya dalam sidang akhbar berhubung kerjasama strategik PNS dengan operator rantaian makanan segera, Marrybrown.Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Marrybrown, Datuk Joshua Liew.

Syed Kamarulzaman berkata, kerjasama strategik antara PNS dan Marrybrown bertujuan membantu membiayai francaisi yang berminat dengan jenama Marrybrown.
Katanya, kedua-dua pihak akan bersama-sama mengenal pasti usahawan yang layak berdasarkan beberapa kriteria untuk menerima pembiayaan PNS.

“PNS akan memberi peruntukkan pembiayaan purata dalam 70 peratus, selebihnya ditanggung oleh usahawan yang berminat.
“Kita mahu mereka ini mempunyai keupayaan untuk membiayai perniagaan masing-masing agar ia boleh kekal dalam masa yang panjang,” katanya.
Sementara itu Liew berkata, Marrybrown merancang untuk meneroka tiga pasaran baharu tahun ini iaitu di Sri Lanka, Iran dan New Zealand.

“Selain itu kami juga akan membuka 25 buah lagi restoran Marrybrown di pasaran tempatan untuk tahun ini,” katanya.

**The news are only available in Bahasa Malaysia version due to its copyright. No translation can be made**

 

Poll

Do you know that your monthly financing installment payment can be made via JOMPay?

Poll

Your opinion on the Practical Student Programs implemented by PNS?

Related Link

Ministry Subsidiaries Agencies Others
KPDNKK Gloria Jean's MKM SKM SSM MyIPO MyCC Bank Rakyat myGov MSC

Feedback PNS