Pengarah Urusannya Datuk Syed Kamarulzaman Syed Zainol Khodki Shahabudin berkata jumlah itu sama seperti yang diperuntukkan agensi itu tahun lepas untuk membiayai usahawan francais.”Kami menjangkakan peruntukan itu akan memberi manfaat kepada 200 hingga 250 usahawan tahun ini,” katanya pada sidang akhbar mengenai kerjasama strategik PNS dengan pengendali rantaian makanan segera, Marrybrown Sdn Bhd.

Beliau berkata selain pembiayaan sektor francais, PNS juga memperuntukkan RM30 juta untuk pelaburan dalam sektor hartanah.

Sehingga kini, PNS telah mengeluarkan sejumlah RM400 juta untuk sektor francais yang memberi manfaat kepada 1,700 usahawan, dan melabur RM424 juta dalam sektor hartanah, katanya…..