Menu

We are apologize for the inconvenience but you need to download
more modern browser in order to be able to browse our page

Download Safari
Download Safari
Download Chrome
Download Chrome
Download Firefox
Download Firefox
Download IE 10+
Download IE 10+

Ahli Koperasi Putrajaya Perlu Kreatif Hasilkan Produk Untuk Pendapatan

Date : 11/12/2014
Source : Utusan

 

PUTRAJAYA, 11 Dis (Bernama) — Produk berasaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) antara yang wajar dipertimbangkan Koperasi Perbadanan Putrajaya (PutraKop) untuk menghasilkan produk kreatif untuk dipasarkan, kata Penasihat PutraKop Tan Sri Aseh Che Mat.

Aseh yang juga Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) berkata Putrakop yang baru menjangkau usia setahun memerlukan lebih usaha untuk memberi pulangan kepada ahlinya.

“Ahli koperasi perlu bijak menghasilkan produk yang boleh digunakan dan dipasarkan di sekitar Putrajaya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan 2014 PutraKop di sini Khamis.

Dalam ucapannya, Aseh berkata adalah membanggakan sekiranya pengurusan Putrakop dapat memikirkan sesuatu yang hebat untuk menjadi seperti Koperasi Bank Rakyat atau Koperasi Permodalan Felda.

Aseh turut mengingatkan, penubuhan asal koperasi itu bukan untuk memberi kekayaan kepada ahlinya tetapi berharap ia dapat meringankan beban ahli terutama ketika musim persekolahan bermula.

Pada majlis itu, kad keanggotaan PutraKop turut dilancarkan serta Pertukaran Nota Kerjasama Strategik dengan Koperasi Profesioanl Putrajaya (Koprojaya) dan Koperasi Komuniti Putrajaya.

**The news is only in Bahasa Malaysia version due to its copyright. No translation can be made**

Poll

Do you know that your monthly financing installment payment can be made via JOMPay?

Related Link

Ministry Subsidiaries Others
myGov Gloria Jean's MSC

Feedback PNS