Menu

We are apologize for the inconvenience but you need to download
more modern browser in order to be able to browse our page

Download Safari
Download Safari
Download Chrome
Download Chrome
Download Firefox
Download Firefox
Download IE 10+
Download IE 10+

Ringgit jatuh tarik francaisor asing?

Date : 13/8/15
Source : Sinar Online

KEJATUHAN nilai ringgit dilihat membuka peluang luas kepada francaisor asing untuk membuka peluang perniagaan kerana pelaburan lebih murah di sini berbanding negara lain.
Pengarah Urusan Perbadanan Nasional Berhad (PNS), Datuk Syed Kamarulzaman Syed Zainol Khodki Shahabudin berkata, situasi tersebut dilihat tidak menjejaskan aktiviti ekonomi sebaliknya lebih banyak produk luar negara untuk masuk ke pasaran tempatan.

“Ia lebih berpatutan dan kami sedang meneliti produk sesuai untuk di bawa masuk.

“Kita tidak boleh mengambil apa sahaja produk luar untuk dipasarkan di Malaysia,” katanya di Majlis Sambutan Hari Raya PNS, semalam.

Menurutnya, PNS memilih industri tertentu bersesuaian dengan negara sasaran contohnya negara Asia.

Katanya, sektor pendidikan dilihat sesuai dalam Asia terutamanya pendidikan awal kanak-kanak.

“Manakala bagi syarikat tempatan yang mempunyai perniagaan di luar negara pula mereka dilihat tidak terjejas dengan krisis yang melanda negara ketika ini.

“Sebaliknya perniagaan mereka dilihat positif kerana tidak melibatkan ringgit tetapi ikut kepada mata wang negara tersebut,” katanya.

**The news are only available in Bahasa Malaysia version due to its copyright. No translation can be made**

Poll

Do you know that your monthly financing installment payment can be made via JOMPay?

Related Link

Ministry Subsidiaries Others
myGov Gloria Jean's MSC

Feedback PNS