Menu

We are apologize for the inconvenience but you need to download
more modern browser in order to be able to browse our page

Download Safari
Download Safari
Download Chrome
Download Chrome
Download Firefox
Download Firefox
Download IE 10+
Download IE 10+

768 francaisor berdaftar dengan KPDNKK

Date : 6/3/2015
Source : Sinar Harian

 

KUALA LUMPUR – Sehingga kini terdapat 768 francaisor berdaftar dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang melibatkan 7,525 francaisi, kata menterinya Datuk Seri Hasan Malek.

Beliau berkata sebanyak 58 jenama francais tempatan pula berjaya menembusi pasaran antarabangsa antaranya Smart Reader, Bangi Kopitiam, Nelson, Q-Dees, MarryBrown dan Pusat Tuisyen Mawar.

“Pertambahan itu menunjukkan perkembangan positif namun ia perlu seiring dengan latihan dan pembangunan modal insan agar dapat membentuk perindustrian yang berdaya saing,” katanya.

Justeru itu, katanya, Perbadanan Nasional Berhad (PNS) menerusi akademinya kini giat mengadakan latihan keusahawanan menerusi 45 modul keusahawanan bagi meningkatkan modal insan.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis perasmian Menara Perbadanan Nasional Berhad (PNS) dan Program Sidang Kemuncak Antarabangsa Francais 2015 di sini, hari ini yang disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menara PNS setinggi 17 tingkat itu merupakan bangunan bertaraf Koridor Raya Multimedia (MSC) dan berstatus Bangunan Hijau.

Terletak di Bangsar South Jalan Kerinci, menara berkenaan turut dilengkapi auditorium yang dinamakan sempena nama ibu Najib, Tun Rahah.

Sebelum ini, PNS beroperasi selama 14 tahun di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebelum berpindah ke Menara PNS pada 2012.

 

**The news are only available in Bahasa Malaysia version due to its copyright. No translation can be made**

 

Poll

Do you know that your monthly financing installment payment can be made via JOMPay?

Related Link

Ministry Subsidiaries Others
myGov Gloria Jean's MSC

Feedback PNS