Menu

We are apologize for the inconvenience but you need to download
more modern browser in order to be able to browse our page

Download Safari
Download Safari
Download Chrome
Download Chrome
Download Firefox
Download Firefox
Download IE 10+
Download IE 10+

Bank Rakyat Bercadang Jalin Kerjasama Dengan Bank Rakyat Indonesia

Date : 1/6/15
Source : Utusan

JAKARTA, 1 Jun (Bernama) — Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) bercadang memperluas perkhidmatannya ke Indonesia menerusi kerjasama dengan PT Bank Rakyat Indonesia (BRI), bank terbesar republik itu.

Presiden Bank Rakyat, Datuk Mustafha Abd Razak berkata jika usaha itu direalisasikan, ia akan memberi kemudahan perbankan kepada rakyat kedua-dua negara, terutama 2.5 juta warga Indonesia yang bekerja di Malaysia.

Perincian kerjasama ini akan diputuskan oleh jawatankuasa kerja antara kedua-dua bank selepas cadangan kerjasama mendapat kelulusan bank pusat negara masing-masing, katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.

Terdahulu, beliau menghadiri perjumpaan pihak pengurusan kedua-dua bank yang turut dihadiri Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek dan Pengarah Utama BRI Asmawi Syam.

Sementara itu, BRI dalam kenyataannya berkata pada tahun lalu Malaysia mencatat transaksi pengiriman wang terbesar ke Indonesia dengan transaksi bernilai US$2.54 bilion.

Kerjasama ini kelak akan memudahkan lagi transaksi pengiriman wang ke Indonesia, kata BRI.

BRI ditubuhkan pada 1895 dan mempunyai 30 juta pelanggan runcit dengan 4,000 cawangan di seluruh Indonesia manakala Bank Rakyat ialah bank koperasi Islam terbesar di Malaysia dengan 147 cawangan di seluruh negara.

–BERNAMA

**The news are only available in Bahasa Malaysia version due to its copyright. No translation can be made**

Poll

Do you know that your monthly financing installment payment can be made via JOMPay?

Related Link

Ministry Subsidiaries Others
myGov Gloria Jean's MSC

Feedback PNS