Menu

We are apologize for the inconvenience but you need to download
more modern browser in order to be able to browse our page

Download Safari
Download Safari
Download Chrome
Download Chrome
Download Firefox
Download Firefox
Download IE 10+
Download IE 10+

Bioalpha disenarai Bursa Malaysia

Date : 25/3/2015
Source : Harian Metro

 

Bangi: Bioalpha Holdings Berhad (Bioalpha) syarikat bioteknologi berstatus BioNexus menjangkakan untuk disenaraikan di Bursa Malaysia menjelang suku kedua tahun ini.

Pengarah Urusannya, William Hon berkata, pihaknya berasakan sudah tiba masa untuk menyertai pasaran saham tempatan dalam usaha meningkatkan keupayaan syarikat untuk terus berkembang ke pasaran lebih besar.

“Kami perlu akses kepada ekuiti untuk memastikan kerja penyelidikan dan pembangunan (R&D) dapat diteruskan selain mengembangkan operasi dalam bahagian peruncitan,” katanya selepas lawatan media ke kilang Bioalpha, baru-baru ini.

Dengan penyenaraian berkenaan, secara tidak langsung dapat memberi kredit kepada reputasi syarikat memandangkan syarikat perlu mengamalkan amalan korporat yang telus.

“Melalui imej dan reputasi yang lebih baik, ia akan memberi kelebihan kepada kami terutama dalam menjalin kerjasama dengan syarikat multinasional lain,” katanya.

Pemegang saham utama dalam syarikat berkenaan adalah Perbadanan Nasional Berhad (PNS) dan Malaysia Technology Development Corporation (MTDC) dengan pegangan terkumpul sebanyak 51 peratus.

 

**The news are only available in Bahasa Malaysia version due to its copyright. No translation can be made**

 

Poll

Do you know that your monthly financing installment payment can be made via JOMPay?

Related Link

Ministry Subsidiaries Others
myGov Gloria Jean's MSC

Feedback PNS