Menu

We are apologize for the inconvenience but you need to download
more modern browser in order to be able to browse our page

Download Safari
Download Safari
Download Chrome
Download Chrome
Download Firefox
Download Firefox
Download IE 10+
Download IE 10+

BioShoppe untuk usahawan francais

Date : 29/3/2015
Source : Berita Harian

KUALA LUMPUR: Malaysian Biotechnology Corporation Sdn Bhd (BiotechCorp) akan melancarkan kedai BioShoppe yang dibangunkan menerusi konsep francais pada Mei atau Jun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Dr Mohd Nazlee Kamal, berkata kedai berkenaan akan menjadi platform untuk menjual produk penjagaan kesihatan berkaitan bioteknologi.

Katanya, BiotechCorp bekerjasama dengan Perbadanan Nasional Bhd (PNS) untuk membangunkan konsep perniagaan francais itu.

Menerusi kerjasama itu, PNS bertanggungjawab memberikan khidmat nasihat bagi pembangunan konsep yang bersesuaian dengan cawangan rangkaian francais itu, latihan francais dan skim pembiayaan kepada bakal pengurus serta pra-francaisi BioShoppe.

“Pembukaan kedai BioShoppe bertujuan membantu syarikat berstatus Bionexus tempatan untuk memasarkan produk mereka di pasaran tempatan.

“Ketika ini, kita sudah menyiapkan pelan perniagaan untuk BioShoppe. Kita harap dapat melancarkannya pada Mei atau Jun ini,” katanya kepada BH di sini.

Nazlee berkata, pembukaan kedai BioShoppe akan menjadi platform utama bagi produk berasaskan bioteknologi khususnya kesihatan, kosmetik dan makanan tambahan keluaran syarikat berstatus BioNexus menembusi pasaran tempatan.

Pembukaan kedai itu secara konsep francais juga secara langsung menyediakan peluang kepada usahawan tempatan yang berminat untuk menceburi perniagaan menjual produk penjagaan kesihatan berkaitan bioteknologi.

Beliau berkata, produk seumpama itu dilihat mempunyai prospek yang cerah untuk berkembang pada masa depan.

“Kami melihat permintaan bagi produk berasaskan bioteknologi amat tinggi, sejajar dengan tahap kesedaran yang semakin meningkat terhadap produk penjagaan kesihatan,” katanya.

Nazlee berkata, BiotechCorp menyasar untuk membuka 10 kedai BioShoppe berasaskan konsep perniagaan francais tahun ini.

“Sasaran itu boleh dicapai berikutan permintaan yang tinggi diterima pihaknya setakat ini,” katanya sambil menambah ketika ini ada 248 syarikat berstatus BioNexus di negara ini.

Status BioNexus diberikan kepada syarikat bioteknologi tempatan serta asing berkelayakan yang mendapat sokongan daripada BiotechCorp dalam pelbagai aspek.

**The news are only available in Bahasa Malaysia version due to its copyright. No translation can be made**

Poll

Do you know that your monthly financing installment payment can be made via JOMPay?

Related Link

Ministry Subsidiaries Others
myGov Gloria Jean's MSC

Feedback PNS