Menu

We are apologize for the inconvenience but you need to download
more modern browser in order to be able to browse our page

Download Safari
Download Safari
Download Chrome
Download Chrome
Download Firefox
Download Firefox
Download IE 10+
Download IE 10+

Bumbu Desa perluaskan pasaran

Date : 20/8/15
Source : Sinar Online

MASTER Francais Bumbu Desa di Malaysia, Natural Green Standard Sdn Bhd merancang untuk membuka 20 cawangan dalam tempoh lima tahun akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif Bumbu Desa Malaysia, Alvin Ng berkata, pihaknya mahu membuka sekurang-kurangnya satu cawangan bagi setiap negeri termasuk di Sabah dan Sarawak.

“Bagi tahun ini, kami masih dalam perancangan untuk membuka dua cawangan di Shah Alam iaitu di sekitar Seksyen 7, 14 dan 9 menjelang akhir tahun ini.

“Bagi setiap cawangan kos bergantung kepada keluasan kedai dan bakal membelanjakan sekitar RM800,000 sehingga RM1 juta,” katanya selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Master Francais di Kuala Lumpur, kelmarin.

Turut hadir, Duta Indonesia Ke Malaysia, Herman Prayitno; Ketua Bahagian Perniagaan Perbadanan Nasional Berhad (PNS), Shahrul Azlan Zulkifli dan Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bumbu Desa Indonesia, Arief Wirawangsadita berkata, selain Malaysia, pihaknya merancang untuk meluaskan pasaran ke negara lain antaranya Amerika Syarikat (AS), Kanada, Eropah, Korea dan Jepun dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Setakat ini, Bumbu Desa hanya terdapat di Indonesia dan Malaysia dan dalam masa dua tahun ini kami mungkin akan memasuki Singapura dan di ikuti negara lain.

“Kami jangka untuk membuka sekurang-kurangnya 30 hingga 40 cawangan di negara-negara luar,” katanya.

Arief berkata, pihaknya optimis dengan pasaran Malaysia dengan adanya kuasa beli yang tinggi.

Sementara itu, Shahrul Azlan berkata, PNS turut menawarkan pinjaman sehingga RM500,000 atau 70 peratus daripada kos projek kepada usahawan Bumiputera yang ingin membuka kedai Bumbu Desa.

**The news are only available in Bahasa Malaysia version due to its copyright. No translation can be made**

Poll

Do you know that your monthly financing installment payment can be made via JOMPay?

Related Link

Ministry Subsidiaries Others
myGov Gloria Jean's MSC

Feedback PNS