Menu

We are apologize for the inconvenience but you need to download
more modern browser in order to be able to browse our page

Download Safari
Download Safari
Download Chrome
Download Chrome
Download Firefox
Download Firefox
Download IE 10+
Download IE 10+

Coolblog buka kiosk pertama di Sarawak

Date : 26/3/2015
Source : Utusan Malaysia

 

KUCHING 25 Mac – Syarikat antarabangsa yang menjual pencuci mulut dan minuman berkonsepkan kiosk, Coolblog Dessert Sdn. Bhd. (Coolblog) meluaskan perniagaan ke Sarawak apabila membuka premis pertama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) di sini.

Kiosk terletak di tingkat tiga itu dirasmikan oleh Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan), Datuk Naroden Majais.

Produk francais pertama diperke­nalkan di Sarawak itu diuruskan oleh syarikat Airtone Enterprise (Airtone).

Pemilik Airtone, Zaitun Haron Salleh memberitahu, kiosk terbaharu itu merupakan yang kedua beroperasi di kawasan lapangan terbang di negara ini.

“Kita berbesar hati dapat mengembangkan perniagaan di negeri ini dan berharap agar jenama tersebut akan lebih dikenali di Malaysia Timur,” katanya ketika ditemui selepas perasmian kiosk Coolblog tersebut semalam.

Coolblog merupakan produk campuran rasa buah asli dan ais menyediakan 25 perisa serta 300 jenis minuman dan pencuci mulut.

Menurut Zaitun, misi syarikatnya ialah menyediakan minuman berkualiti dan mesra pelanggan kepada setiap lapisan masyarakat.

Katanya, beliau memilih produk Coolblog untuk diusahakan kerana syarikat terbabit mempunyai pensijilan halal yang diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Selain itu, saya sendiri menyukai minuman ais kisar. Konsep kiosk yang diperkenalkan Coolblog juga menarik perhatian terutama generasi muda.

“Peluang perniagaan di sini juga lebih besar kerana belum ada lagi kiosk yang sama dibuka di negeri ini,” ujarnya.

 

**The news are only available in Bahasa Malaysia version due to its copyright. No translation can be made**

 

Poll

Do you know that your monthly financing installment payment can be made via JOMPay?

Related Link

Ministry Subsidiaries Others
myGov Gloria Jean's MSC

Feedback PNS