Menu

We are apologize for the inconvenience but you need to download
more modern browser in order to be able to browse our page

Download Safari
Download Safari
Download Chrome
Download Chrome
Download Firefox
Download Firefox
Download IE 10+
Download IE 10+

CoolBlog perluaskan perniagaan

Date : 2/2/2015
Source : Sinar

 

COOLBLOG Dessert Sdn Bhd (Coolblog) berhasrat memperluaskan perniagaannya dengan merancang menambah 100 cawangan baharu tahun ini.

Pengarah Urusannya, Eng Ser Chin berkata, cawangan baharu itu akan dibuka di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Timur Tengah.

“Ketika ini, Coolblog mempunyai 300 cawangan di seluruh Malaysia termasuk lima cawangan di Surabaya, Indonesia. Menjelang hujung tahun ini, kami jangkakan sejumlah 400 cawangan Coolblog di Malaysia dan luar negara dapat dicapai.

“Walaupun berhadapan situasi tidak menentu tahun ini, namun kami yakin, ini merupakan waktu yang baik untuk kami mengembangkan perniagaan memandangkan perniagaan Coolblog dibangunkan ketika krisis ekonomi pada 2007,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Program Keusahawanan Bumiputera Coolblog (CBE), di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sementara itu, mengulas mengenai program CBE, Pengerusi Coolblog, Nik Johaan Nik Hashim berkata, Coolblog memeterai memorandum persefahaman dengan Universiti Antarabangsa Unitar (Unitar) dan Perbadanan Nasional Berhad (PNS) menawarkan program tersebut kepada usahawan berminat.

“CBE bertujuan menyokong aspirasi kerajaan membangunkan usahawan Bumiputera di bawah Dasar Pembangunan Nasional.

“Kami hanya menyasarkan 30 usahawan dalam program ini,” katanya.

Menurutnya, menerusi kerjasama itu, Unitar yang juga merupakan salah satu syarikat portfolio Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) akan menyediakan latihan komprehensif kepada usahawan untuk mengendalikan kiosk Coolblog.

“PNS pula sebagai agensi bertanggungjawab membangunkan industri francais negara akan menyediakan bantuan kewangan dan bimbingan kepada 30 usahawan terpilih ini,” katanya.

Pengambilan program keusahawanan CBE itu bermula 1 Februari sehingga 31 Mac 2015 bagi golongan sasaran berusia antara 21 dan 45 tahun.

Sesi temu duga dijalankan pertengahan April ini bagi peserta yang telah di senarai pendek dan mereka yang berjaya akan menghadiri kursus lima hari pada Mei 2015.

Pada majlis itu, pelakon Elfira Loy dilantik sebagai duta baharu Coolblog kerana popularitinya yang terkenal bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga Singapura dan Indonesia.

**The news is only in Bahasa Malaysia version due to its copyright. No translation can be made**

 

Poll

Do you know that your monthly financing installment payment can be made via JOMPay?

Related Link

Ministry Subsidiaries Others
myGov Gloria Jean's MSC

Feedback PNS