Menu

We are apologize for the inconvenience but you need to download
more modern browser in order to be able to browse our page

Download Safari
Download Safari
Download Chrome
Download Chrome
Download Firefox
Download Firefox
Download IE 10+
Download IE 10+

Indonesia Rakan Niaga Francais Serantau Terbesar Malaysia

Date     : 31/5/15
Source : Rakyat News

JAKARTA, 31 Mei – Indonesia menjadi rakan niaga francais serantau terbesar Malaysia apabila 25 buah syarikat francais Malaysia membuka 564 buah outlet perniagaan di republik itu setakat ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, jumlah syarikat francais itu merupakan 41 peratus daripada keseluruhan 60 buah pengusaha francais Malaysia.

“Jakarta adalah antara destinasi popular bagi promosi francais kerana peluang penguasaan pasarannya adalah sangat luas,” katanya semasa berucap merasmikan misi promosi francais Malaysia ke Jakarta di Pusat Konvensyen Jakarta (JCC), di sini hari ini.

Beliau berkata misi promosi francais ke Jakarta di bawah program ‘Franchise Malaysia Goes Global’ itu adalah yang kelima daripada sembilan misi sepanjang tahun ini selepas Dubai, Korea Selatan, Australia dan Surabaya dengan jumlah transaksi sebanyak RM42 juta.

Kesemua 60 syarikat francais Malaysia berkenaan setakat ini membuka 2,380 outlet di 55 negara seluruh dunia.

Hasan berkata satu sesi forum perniagaan Malaysia-Indonesia juga diadakan bagi memberi maklumat kepada pengusaha Indonesia mengenai jenama francais Malaysia di samping memberi peluang perbincangan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Beliau berkata Malaysia yakin peningkatan usahasama dalam pelbagai bidang termasuk perniagaan antara Indonesia dan Malaysia akan bertambah baik di bawah kepimpinan Presiden Joko Widodo dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jokowi menunjukkan kesungguhan untuk memudahkan cara dan mengurangkan birokrasi bagi menggalakkan peniaga Malaysia melabur di negara itu, katanya.

“Menerusi perbincangan dan forum ini, kita akan mengenalpasti apakah masalah yang dihadapi peniaga dan akan membantu menyelesaikan masalah itu di peringkat kerajaan antara kedua-dua buah negara,” katanya.

Hasan berkata, usaha sama dan perniagaan francais antara Malaysia dan Indonesia juga menepati tema Malaysia bagi pengerusian ASEAN iaitu “Warga Kita, Komuniti Kita, Visi Kita”.

**The news are only available in Bahasa Malaysia version due to its copyright. No translation can be made**

Poll

Do you know that your monthly financing installment payment can be made via JOMPay?

Related Link

Ministry Subsidiaries Others
myGov Gloria Jean's MSC

Feedback PNS