Menu

We are apologize for the inconvenience but you need to download
more modern browser in order to be able to browse our page

Download Safari
Download Safari
Download Chrome
Download Chrome
Download Firefox
Download Firefox
Download IE 10+
Download IE 10+

Koperasi diberi tumpuan dalam AEC

Date : 14/12/2014
Source : Sinar

 

MALAYSIA selaku tuan rumah Komuniti Ekonomi Asean (AEC) akan memberi tumpuan kepada sektor koperasi supaya tidak ketinggalan dan dipinggirkan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hasan Malek berkata, negara luar sudah mempunyai kepercayaan kepada pergerakan koperasi di Malaysia dengan pelantikan Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia
Berhad (Angkasa) sebagai Presiden Asean Cooperative Organization (ACO).

“Negara akan mengambil pendekatan dan perjanjian persefahaman( MoU) di antara Angkasa dengan Thailand hari ini (semalam) merupakan salah satu langkah awal ke arah AEC.

“Usaha seperti ini akan kita kembangkan lagi pada masa akan datang,” katanya selepas Majlis Pelancaran Karnival Produk dan Perkhidmatan Koperasi Malaysia (Maccops) di Shah Alam, semalam.

Menurutnya, karnival ini sudah terbukti bahawa koperasi mampu membangunkan produk yang progresif dan berdaya saing.

Katanya, pihaknya berharap agar usaha itu akan berterusan dan sentiasa melihat dan mencari jalan untuk mengembangkan produk.

“Ada juga sebahagian daripada 100 produk yang dipamerkan sudah mampu dipasarkan di luar negara,” katanya.

Hasan berkata, melihat kepada prestasi dan keupayaan koperasi, pihaknya yakin untuk mencapai RM50 bilion sumbangan koperasi kepada negara menjelang 2020, selaras dengan objektif Dasar Koperasi Negara.

Sementara itu, Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, AEC yang akan berlangsung tahun hadapan, dijangka menjadikan pasaran koperasi lebih luas dan cabaran terhadap produk-produk daripada negara jiran akan semakin bertambah sengit.

“Jika koperasi tidak dapat bersaing dari segi produk, harga, tempat dan promosi, kita khuatir koperasi tidak dapat menjadi pengeluar tetapi hanya menjadi pengguna.

“Oleh itu, Angkasa berharap usaha ini akan terus mendapat sokongan daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan juga kementerian,” katanya.

**The news is only in Bahasa Malaysia version due to its copyright. No translation can be made**

 

Poll

Do you know that your monthly financing installment payment can be made via JOMPay?

Related Link

Ministry Subsidiaries Others
myGov Gloria Jean's MSC

Feedback PNS