Menu

We are apologize for the inconvenience but you need to download
more modern browser in order to be able to browse our page

Download Safari
Download Safari
Download Chrome
Download Chrome
Download Firefox
Download Firefox
Download IE 10+
Download IE 10+

KPDNKK, PNS kerjasama teroka potensi francais di Asia Barat

Date : 17/10/15
Source : Utusan Online

KUALA LUMPUR 16 Okt. – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Perbadanan Nasional Bhd. (PNS) bekerjasama dalam mempergiatkan usaha me¬neroka perniagaan francais berpotensi khususnya di rantau Asia Barat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hamzah Zainudin berkata, menerusi usaha tersebut ia akan menjadi landasan kepada KPDNKK dan PNS dalam mempromosikan industri francais Malaysia ke peringkat antarabangsa yang akan direalisasikan melalui misi perdagangan Pameran Francais dan Pengedar Jenama Ke-13 di Istanbul, Turki.

Menurut beliau, kunjungan ber¬kenaan juga merangkumi lawatan ke outlet perniagaan francais pelbagai sektor seperti produk makanan dan minuman (F&B), aksesori pakaian lelaki, produk minyak wangi serta pendidikan serta melibatkan syarikat minyak wangi terbesar iaitu Abdul Samad Qurashi, Haci Sayid dan Faruk Gullouglo di samping lawatan ke Universiti Aydin.

Katanya, dalam lawatan ke sya¬rikat minyak wangi Abdul Samad Qurashi adalah bertujuan untuk melihat dan belajar sendiri mengenai pengalaman syarikat berkenaan sebagai syarikat francais yang mengendalikan produk-produk mi¬nyak wangi yang telah lama beroperasi sejak tahun 1982 lagi.

“Malah, melalui lawatan strategik itu, syarikat berkenaan mula menunjukkan minat serta menyatakan hasrat untuk meneroka pasaran francais Malaysia dan berdasarkan kepada kadar kebolehpasaran sektor minyak wangi sedia ada ia merupakan tindakan yang terbaik kepada kita.

“Walaupun sektor F&B sentiasa menjadi pilihan usahawan francais, namun kemunculan industri baharu seperti minyak wangi mampu bertindak sebagai platform terbaik dan strategik dalam merancakkan industri francais negara untuk ke hadapan lagi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Hamzah, kemunculan sektor-sektor baharu yang selalu mendapat permintaan tinggi se¬perti itu bukan sahaja akan membuka lebih banyak peluang perniagaan dalam bidang francais malah mampu menyediakan peluang yang baik untuk pertumbuhan ekonomi semasa buat Malaysia.

Sementara itu, Pengarah Urusan PNS, Datuk Syed Kamarulzaman Syed Zainol Khodki Shahabudin berkata, PNS akan terus menyokong inisiatif serta usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk terus memajukan ekonomi negara dengan mengenalpasti jenama francais yang bersesuaian untuk dibawa masuk ke pasaran tempatan.

Selain itu, PNS turut menganjurkan mesyuarat perniagaan yang membincangkan potensi perniagaan dua hala antara Malaysia dan Istanbul khususnya dalam bidang francais.

“Pada November atau Disember tahun ini, PNS dengan kerjasama KPDNKK bercadang untuk menganjurkan sesi padanan perniagaan yang akan fokus kepada perbincangan meja bulat bersama potensi rakan pelaburan, potensi rakan perniagaan dan bakal francaisi induk yang akan disertai oleh pemain utama industri Australia, United Kingdom dan Turki,” katanya.

**The news are only available in Bahasa Malaysia version due to its copyright. No translation can be made**

Poll

Do you know that your monthly financing installment payment can be made via JOMPay?

Related Link

Ministry Subsidiaries Others
myGov Gloria Jean's MSC

Feedback PNS