Menu

We are apologize for the inconvenience but you need to download
more modern browser in order to be able to browse our page

Download Safari
Download Safari
Download Chrome
Download Chrome
Download Firefox
Download Firefox
Download IE 10+
Download IE 10+

KPDNKK rancang tubuh universiti swasta

Date : 26/8/15
Source : Utusan Online

KUALA LUMPUR 25 Ogos – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) merancang untuk menubuhkan sebuah universiti swasta yang mampu berperanan sebagai pusat kecemerlangan keusahawanan.

Menterinya, Datuk Hamzah Zainuddin berkata, pembentukan universiti itu adalah menerusi sinergi kerjasama padu agensi-agensi di bawah kementerian berkenaan termasuk Akademi Perbadanan Nasional Berhad (PNS), Maktab Koperasi Malaysia, Bank Rakyat, Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) serta Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

“Pembentukan universiti swasta ini boleh menjadi pusat pembelajaran yang memfokuskan ilmu kepenggunaan dan perdagangan, sekaligus, gabungan ini mampu mewujudkan pusat kecemerlangan keusahawanan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Hamzah yang diiringi Timbalannya, Senator Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah hari ini mengadakan lawatan kerja rasmi yang pertamanya ke Ibu Pejabat PNS serta beramah mesra dengan warga agensi tersebut.

Berhubung lawatan berkenaan, Hamzah berkata, PNS selaku agensi kerajaan yang menerajui industri francais perlu menjadi platform yang dapat membantu usahawan-usahawan menjadi lebih berdaya saing.

“PNS perlu mengenal pasti perniagaan berpotensi yang boleh diketengahkan dan membawa masuk perniagaan dari luar negara yang berupaya untuk dipasarkan di samping dapat mewujudkan peluang pekerjaan,” ujarnya.

Kata lagi, PNS disaran agar tidak hanya tertumpu kepada bidang francais, sebaliknya, perlu bijak melihat peluang di dalam industri-industri yang berpotensi.

Mengenai isu kos perumahan yang semakin meningkat, Hamzah menyeru agar PNS memainkan peranan membantu kerajaan bagi mewujudkan keperluan industri terutamanya dalam industri pembinaan.

**The news are only available in Bahasa Malaysia version due to its copyright. No translation can be made**

Poll

Do you know that your monthly financing installment payment can be made via JOMPay?

Related Link

Ministry Subsidiaries Others
myGov Gloria Jean's MSC

Feedback PNS