Menu

We are apologize for the inconvenience but you need to download
more modern browser in order to be able to browse our page

Download Safari
Download Safari
Download Chrome
Download Chrome
Download Firefox
Download Firefox
Download IE 10+
Download IE 10+

Marrybrown perkukuh jenama peringkat antarabangsa

Date : 12/2/2015
Source : Sinar Harian

 

PENGENDALI restoran makanan segera tempatan MarryBrown Sdn Bhd (Marrybrown) mengukuhkan jenamanya di peringkat antarabangsa kerana bakal menembusi pasaran Singapura menjelang pertengahan tahun ini.

Pengarah Urusan Kumpulannya, Datin Nancy Liew berkata, Singapura menjadi  pasaran terbaharunya susulan permintaan menggalakkan dari negara itu  selepas menembusi pasaran Brunei dan Thailand, tahun lalu.

“Marrybrown yang beroperasi sejak 33 tahun lalu mempunyai lebih 350 cawangan di Malaysia dan di 17 negara yang mana hampir 80 peratus dikendalikan secara francais.

“Kami akan teruskan pengembangan rangkaian Marrybrown secara agresif tahun ini dengan melihat persekitaran perniagaan khususnya francais,” katanya selepas pelancaran Marrybrown Fortune Burger  sempena Tahun Baharu Cina, di Johor Bahru, semalam.

Promosi berlangsung hingga  22 Mac ini.

Dalam pada itu, Nancy berkata, pihaknya merancang membuka 30 lagi cawangan baharu tahun ini khususnya di pantai timur, Sabah dan Sarawak.

“Bagi pembukaan setiap cawangan baru pada peringkat domestik, ia akan membabitkan pelaburan antara RM600,000 dan RM800,000.

“Kos berkenaan adalah merangkumi kos yuran francaisi, pengubahsuaian, latihan serta pemasaran,” katanya.

**The news is only in Bahasa Malaysia version due to its copyright. No translation can be made**

 

Poll

Do you know that your monthly financing installment payment can be made via JOMPay?

Related Link

Ministry Subsidiaries Others
myGov Gloria Jean's MSC

Feedback PNS