Menu

We are apologize for the inconvenience but you need to download
more modern browser in order to be able to browse our page

Download Safari
Download Safari
Download Chrome
Download Chrome
Download Firefox
Download Firefox
Download IE 10+
Download IE 10+

Marrybrown sasar tembusi 56 negara Islam

Date : 15/12/2014
Source : Utusan

 

PETALING JAYA 14 Dis. – Pengendali restoran makanan segera jenama Malaysia, Marrybrown Sdn. Bhd. (Marrybrown) mahu mengambil peluang untuk menyediakan perkhidmatan makanan segera halal dengan menembusi pasaran 56 buah negara Islam di seluruh dunia.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Joshua Liew berkata, terdapat banyak ruang untuk pihaknya berkembang di peringkat global dan setakat ini, pihaknya sudah menembusi 10 buah negara Islam.

Kini ujarnya, Perancis dan beberapa negara-negara bukan Islam yang lain turut menyatakan minat untuk menerima kehadiran operasi Marrybrown berikutan penduduk Islam di negara itu (Perancis) melebihi 2.7 juta orang.

“Marrybrown merupakan produk Malaysia dan jenama kami diperakui halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Malah, kami amat tegas dalam pematuhan halal dalam penyediaan makanan halal di restoran-restoran kami di dalam dan luar negara,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Marrybrown merupakan pemenang Anugerah Francais Terbaik Persatuan Francais Malaysia (MFA) buat kali ketujuh pada tahun ini.

Setakat ini, Marrybrown mempunyai operasi di 16 buah negara termasuk Malaysia dengan dua lagi operasi akan dibuka di Thailand dan Brunei pada bulan depan. Negara-negara yang sudah ditembusi Marrybrown adalah Dubai, Arab Saudi, Kuwait, India, China, Sri Lanka, Tanzania, Syria, Indonesia, Qatar, Bahrain, Maldives, Myanmar, Brunei dan Thailand.

Di Malaysia, Marrybrown mempunyai lebih 150 buah cawangan di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak.

Tambah Liew, pihaknya menyasarkan untuk membuka 30 buah cawangan baharu Marrybrown setiap tahun di negara ini.

Jelasnya, pembukaan cawangan baharu adalah tertakluk kepada kawasan-kawasan yang berpotensi dan mempunyai nilai komersial.

“Baru-baru ini, kami baru sahaja membuka cawangan Marrybrown di Paka dan Gong Badak, kedua-duanya di Terengganu. Kami mengunjurkan lebih banyak cawangan Marrybrown akan dibuka di pantai timur Semenanjung,” ujarnya.

**The news is only in Bahasa Malaysia version due to its copyright. No translation can be made**

 

Poll

Do you know that your monthly financing installment payment can be made via JOMPay?

Related Link

Ministry Subsidiaries Others
myGov Gloria Jean's MSC

Feedback PNS