Menu

We are apologize for the inconvenience but you need to download
more modern browser in order to be able to browse our page

Download Safari
Download Safari
Download Chrome
Download Chrome
Download Firefox
Download Firefox
Download IE 10+
Download IE 10+

Melonjakkan pertumbuhan ekonomi Malaysia menjelang 2020

Date : 7/3/2015
Source : Utusan

 

KUALA LUMPUR 6 Mac – Lebih ramai inovator dan usahawan diperlukan bagi menyokong usaha kerajaan melonjakkan kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia supaya menjadi lebih pesat untuk melangkah maju pada tahun 2020.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dua golongan tersebut sangat diperlukan negara kerana peranan mereka bakal membantu menjana sumber kekayaan kepada Malaysia, sekali gus merealisasikan hasrat yang diimpikan.

Jelasnya, inovator yang diperlukan Malaysia tidak boleh hanya terhad kepada bidang sains dan teknologi sahaja, sebaliknya perlu tampil berani mempelbagaikan inovasi dalam bidang sosial yang belum diterokai sepenuhnya.

“Kita perlu usahawan yang mempunyai budaya berfikir, bukan sahaja mencari kerja tetapi mencipta dan menawarkan pekerjaan,” katanya ketika berucap merasmikan Menara Perbadanan Nasional Berhad (PNS) di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek; timbalannya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah; Pengerusi PNS, Datuk Idris Hashim dan Pengarah Urusan PNS, Datuk Syed Kamarulzaman Syed Zainol.

Menara 17 tingkat tersebut kini muncul antara salah satu mercu tanda baharu di Bangsar South, Kerinchi.

Selesai merasmikan dan meninjau menara berkenaan, Najib kemudiannya menunaikan solat Jumaat di Masjid Ar-Rahah yang terletak berhadapan dengan Menara PNS.

Terdahalu dalam ucapannya, Perdana Menteri menggesa PNS yang ditubuhkan Allahyarham bapanya, Tun Abdul Razak Hussein memainkan peranan lebih agresif memajukan lagi industri francais negara dengan menerokai peluang di peringkat antarabangsa.

Katanya, sudah sampai masanya untuk industri francais negara mencapai taraf global kerana selain dapat mengangkat nama Malaysia, penerokaan di peringkat antarabangsa bakal menawarkan lebih banyak peluang perniagaan yang menguntungkan.

“Kerajaan dan PNS akan terus menjadi pemangkin kepada usahawan untuk membangunkan industri francais negara tetapi para usahawan juga terutama bumiputera perlu menggandakan usaha mereka untuk mencipta kejayaan,” katanya.

 

**The news are only available in Bahasa Malaysia version due to its copyright. No translation can be made**

 

Poll

Do you know that your monthly financing installment payment can be made via JOMPay?

Related Link

Ministry Subsidiaries Others
myGov Gloria Jean's MSC

Feedback PNS