Menu

We are apologize for the inconvenience but you need to download
more modern browser in order to be able to browse our page

Download Safari
Download Safari
Download Chrome
Download Chrome
Download Firefox
Download Firefox
Download IE 10+
Download IE 10+

Nekad bawa tuah

Date : 21/6/15
Source : Sinar Harian Online

KEPUTUSAN nekad Suhaime Mokhtar, 35, untuk tidak melanjutkan pelajaran walaupun mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 17 tahun lalu, ternyata berjaya memberikan tuah kepada dirinya.

Suhaime membuktikan, tanpa segulung ijazah juga boleh berjaya jika ada minat dan kesungguhan dalam kerjaya. Pada mulanya, Suhaime bekerja di sebuah kafe terkemuka di Kuala Lumpur sebagai tukang masak.

Di situlah Suhaime mula menunjukkan minat untuk menceburi bidang perniagaan dan berhasrat memiliki perniagaan sendiri.

Selepas berhenti kerja di kafe tersebut, Suhaime memulakan kerjaya baharu sebagai pengurus latihan di Wonderful Lifestyle Sdn Bhd (Wonderful Lifestyle) yang mengendalikan kafe di bawah jenama Gloria Jean’s Coffees pada 2007.

Kini, Suhaime yang berasal dari Ampang, Selangor itu memiliki empat kafe Gloria Jean’s Coffees yang terletak di Subang Parade, Subang Jaya; Dataran Maybank, Bangsar; HSBC, Cyberjaya dan terbaharu di Hospital Pakar Seremban (KPJ Seremban), Negeri Sembilan.

“Pada awalnya memang saya kerja makan gaji, namun saya bernasib baik kerana menjadi staf pertama diberi kepercayaan untuk menguruskan Gloria Jean’s Coffees cawangan Subang Parade pada Julai 2012.

“Sebelum ini, kafe itu dikendalikan oleh Wonderful Lifestyle iaitu anak syarikat Perbadanan Nasional Berhad (PNS). Saya sebelum ini pernah bekerja sambilan di Gloria Jean’s sebagai barista ketika masih bergelar tukang masak,” katanya.

Tahun pertama mengendalikan Gloria Jean’s Coffees cawangan Subang Parade, Suhaime hampir berputus asa kerana kerugian sebanyak RM80,000.

“Saya sedih apabila melihat cawangan yang saya kendalikan tidak maju. Sedangkan sebelum ini, saya selalu memberi latihan dan kursus kepada barista, francaisor dan francaisi yang berdaftar dengan PNS.

“Ketika ini, saya rasakan menjadi usahawan bukan kehidupan saya. Saya punya rezeki adalah bekerja makan gaji kerana tidak perlu memikirkan soal gaji pekerja dan duit stok. Bekerja makan gaji lebih senang kerana cukup bulan, boleh dapat gaji,” katanya.

Bangkit semula

Namun, dek kata-kata semangat dan dorongan diberikan PNS dan Gloria Jean’s Coffees, Suhaime akhirnya bangkit meneruskan perniagaannya.

“Saya sedar, pengurusan tidak cekap dan pengurusan aliran tunai tidak betul membuatkan perniagaan saya mengalami kerugian besar.

“Kami terlalu banyak buat promosi dan beri diskaun kepada pelanggan supaya mereka berkunjung ke cawangan kami. Namun impaknya, memang jumlah pelanggan ramai, tetapi jualan kurang,” katanya.

Kesilapan itu menjadi pengajaran berharga buat Suhaime dan dia kembali bersemangat mengatur strategi untuk meningkatkan jualan Gloria Jean’s cawangan Subang Parade.

“Memandangkan cawangan Gloria Jean’s Coffees ini terletak dalam pusat membeli-belah, saya mula tukar konsep di sini iaitu daripada perkhidmatan layan diri kepada ‘table service’,” katanya.

Ternyata usaha Suhaime tidak sia-sia apabila dia berjaya meningkatkan keuntungan Gloria Jean’s Coffees cawangan Subang Parade sehingga kini.

“Sepanjang saya menguruskan cawangan itu, saya diberi cuti tanpa gaji selama dua tahun. Akhirnya saya berhenti kerja daripada Gloria Jean’s pada Januari tahun lalu,” katanya.

Pada 2014, Suhaime mula mengorak langkah meluaskan perniagaannya dengan membuka cawangan baharu di Dataran Maybank, Bangsar.

“Tahun ini, saya buka cawangan Gloria Jean’s Coffees di Bank HSBC Cyberjaya dan KPJ Seremban. Satu lagi cawangan akan dibuka di KPJ Rawang, pada Julai ini.

“Saya pernah mengimpikan untuk memiliki lima cawangan Gloria Jean’s pada usia 35 tahun. Alhamdulillah saya berjaya mencapainya,” katanya.

Suhaime juga merancang untuk membuka 10 cawangan Gloria Jean’s Coffees dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Saya berhasrat untuk buka cawangan baharu di KPJ di Muar, Johor; Ipoh, Perak dan Kuantan, Pahang,” katanya.

**The news are only available in Bahasa Malaysia version due to its copyright. No translation can be made**

Poll

Do you know that your monthly financing installment payment can be made via JOMPay?

Related Link

Ministry Subsidiaries Others
myGov Gloria Jean's MSC

Feedback PNS