Menu

We are apologize for the inconvenience but you need to download
more modern browser in order to be able to browse our page

Download Safari
Download Safari
Download Chrome
Download Chrome
Download Firefox
Download Firefox
Download IE 10+
Download IE 10+

Pameran Francais Antarabangsa 2015 sasar tarik 12,000 pengunjung

Date     : 12/6/2015
Source : Utusan

KUALA LUMPUR, 11 Jun – Sebanyak 12,000 pengunjung dijangka mengunjungi Pameran Francais Antarabangsa Malaysia 2015 (FIM) yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula esok hingga Ahad ini.

Penolong Setiausaha Persatuan Francais Malaysia (MFA), Fauzi Awang berkata, penganjuran FIM bertujuan membantu syarikat dan individu yang berminat mengembangkan perniagaan melalui platform francais selain membina jaringan perniagaan mereka.

“Pihak MFA menyasarkan untuk meraih transaksi jualan francais sebanyak RM370 juta pada kali ini berbanding RM364 juta yang berjaya dicatat dalam penganjuran tahun sebelumnya.

“Pengunjung juga berpeluang untuk bertemu langsung dengan pemilik francaisor yang terlibat bagi mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai selok belok pengurusan francais melalui pameran tersebut,” katanya dalam majlis taklimat media FIM 2015 di PWTC, di sini hari ini.

Pameran selama tiga hari itu akan menyaksikan penyertaan syarikat francais dari tujuh buah negara iaitu Amerika Syarikat, Australia, Singapura, Indonesia, Filipina, Korea dan Taiwan.

Menurut Fauzi, pameran kali ini juga menyaksikan lebih 15 syarikat francaisor baharu serta 12 peserta Program Transformasi Perniagaan (BIT) di bawah Perbadanan Nasional Berhad (PNS) bakal menyertai pameran antarabangsa tersebut bagi mencari pelabur yang berminat.

“Penyertaan syarikat francaisor baharu ini membuktikan pertumbuhan industri francais negara daripada pelbagai bidang perniagaan semakin berkembang pesat dan diterima baik.

“Sehingga kini sejumlah 119 ruang pameran telah pun diisi oleh 62 syarikat tempatan dan 23 syarikat antarabangsa dan ini telah melebihi sasaran awal iaitu 110 ruang pameran,” katanya.

**The news are only available in Bahasa Malaysia version due to its copyright. No translation can be made**

Poll

Do you know that your monthly financing installment payment can be made via JOMPay?

Related Link

Ministry Subsidiaries Others
myGov Gloria Jean's MSC

Feedback PNS