Menu

We are apologize for the inconvenience but you need to download
more modern browser in order to be able to browse our page

Download Safari
Download Safari
Download Chrome
Download Chrome
Download Firefox
Download Firefox
Download IE 10+
Download IE 10+

Pembiayaan hingga 70 peratus untuk usahakan francais CoolBlog

Date : 30/1/2015
Source : BH Online

 

PETALING JAYA: CoolBlog Dessert Sdn Bhd semalam melancarkan program Keusahawanan Bumiputera CoolBlog (CBE) bagi membangunkan usahawan Bumiputera dalam industri makanan dan minuman (F&B) di Malaysia.

Projek perintis itu turut membuka peluang kepada usahawan daripada pelbagai latar belakang, berumur antara 21 tahun hingga 45 tahun untuk menyertai kursus pembangunan keupayaan berstruktur dengan latihan dan sokongan yang disediakan bagi meningkatkan kemahiran dalam menjalankan perniagaan CoolBlog.

Pengerusi CoolBlog, Nik Johaan Nik Hashim, berkata bagi menjayakan program itu, pihaknya bekerjasama dengan Universiti Antarabangsa UNITAR untuk menyediakan latihan komprehensif bagi mengendalikan kiosk CoolBlog.

Syarikat portfolio F&B Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) itu juga menjalin kerjasama dengan agensi yang bertanggungjawab membangunkan industri francais negara, Perbadanan Nasional Bhd (PNS) untuk menyediakan bantuan kewangan hingga 70 peratus daripada jumlah keseluruhan projek serta bimbingan kepada 30 usahawan terpilih.

Program CBE itu juga termasuk kursus lima hari yang akan dijalankan di Universiti Antarabangsa UNITAR merangkumi pengurusan sumber manusia, kewangan, operasi dan pemasaran dan calon juga akan menjalani latihan operasi dianjurkan CoolBlog.

“Kami berharap program ini akan menarik bakal usahawan dan usahawan sedia ada untuk menjadi sebahagian daripada rangkaian CoolBlog dan membantu francais tempatan ini menjadi peneraju pasaran,” katanya selepas majlis pelancaran program CBE di Petaling Jaya hari ini.

Pelancaran program itu disempurnakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Ekuinas, Datuk Abdul Rahman Ahmad; Pengarah Urusan CoolBlog, Eng Ser Chin dan Pengarah Urusan PNS, Datuk Syed Kamarulzaman Syed Zainol Khodki Shahabudin.

Pengambilan peserta program CBE akan bermula pada 1 Februari hingga 31 Mac ini dengan golongan sasaran berumur antara 21 tahun hingga 45 tahun.

Sesi temu duga akan diadakan pada pertengahan April ini bagi semua peserta yang disenarai pendek untuk menyertai program berkenaan dan mereka yang terpilih berpeluang menghadiri kursus keusahawanan selama lima hari di Universiti Antarabangsa UNITAR pada Mei ini.

**The news is only in Bahasa Malaysia version due to its copyright. No translation can be made**

 

Poll

Do you know that your monthly financing installment payment can be made via JOMPay?

Related Link

Ministry Subsidiaries Others
myGov Gloria Jean's MSC

Feedback PNS