Menu

We are apologize for the inconvenience but you need to download
more modern browser in order to be able to browse our page

Download Safari
Download Safari
Download Chrome
Download Chrome
Download Firefox
Download Firefox
Download IE 10+
Download IE 10+

Peruntuk RM50 Juta Beli Hartanah

Date : 25/7/15
Source : Harian Metro

Kuala Lumpur: Perbadanan Nasional Berhad (PNS) memperuntukkan pelaburan RM50 juta dalam bidang hartanah tahun ini dan setakat Mei lalu, RM27.6 juta diluluskan membabitkan pembelian rumah kedai, hotel, pembangunan stesen minyak, pusat perubatan, lot kedai serta tanah bagi tujuan pelaburan.

Pengarah Urusannya, Datuk Syed Kamarulzaman Syed Zainol Khodki Shahabudin berkata, langkah itu bagi meningkatkan pemilikan Bumiputera dalam bidang perniagaan francais.

“Mulai tahun ini, PNS melaksanakan langkah pelaburan dalam bahagian hartanah bagi membantu jenama francais yang bernaung di bawah syarikat.

“Kami mengenakan sewa pada kadar 10 peratus lebih rendah berbanding harga sewaan pasaran dan membenarkan francaisi kami untuk membeli premis yang disewa itu kelak jika mereka berkemampuan,” katanya ketika ditemui Bisnes Metro.

Beliau berkata, buat masa ini syarikat memiliki 10 premis di Bangi Gateway dan menyewakan sebilangannya kepada francaisi.
Dalam perkembangan sama, katanya, PNS mengintai hartanah di Johor Bahru dan Melaka.

“Ada beberapa siri perbincangan untuk melaksanakan pemilikan hartanah di negeri lain dan kita mengkaji potensi pasaran,” katanya.

Syed berkata, syarikat sentiasa melihat peluang pasaran supaya francaisi mendapat manfaat dan tidak berasa terbeban khususnya bagi mereka yang baru berjinak-jinak dalam perniagaan.

Dalam perkembangan lain, PNS menerusi akademinya merekodkan pendapatan RM710,555 setakat Jun lalu dengan melaksanakan program latihan berkaitan ‘team building’ kepada agensi kerajaan dan ia dijangka melonjakkan perolehannya kelak.

**The news are only available in Bahasa Malaysia version due to its copyright. No translation can be made**

Poll

Do you know that your monthly financing installment payment can be made via JOMPay?

Related Link

Ministry Subsidiaries Others
myGov Gloria Jean's MSC

Feedback PNS