Menu

We are apologize for the inconvenience but you need to download
more modern browser in order to be able to browse our page

Download Safari
Download Safari
Download Chrome
Download Chrome
Download Firefox
Download Firefox
Download IE 10+
Download IE 10+

PM Najib: Negara perlu lahir ramai usahawan

Date : 7/3/2015
Source : Sinar Harian

 

PETALING JAYA – Lebih ramai usahawan perlu dilahirkan dalam usaha kerajaan memacu sebuah negara yang mempunyai ekonomi mapan menjelang 2020.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, untuk mencapai hasrat itu, usahawan perlu mempunyai budaya berfikir bukan sahaja hendak mencari kerja tetapi mencipta dan memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat yang lain.

“Malaysia memerlukan lebih ramai inovator dan usahawan untuk memacu pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat sekali gus menjana kekayaan negara.

“Inovator juga seharusnya dapat mempelbagaikan inisiatif bukan sahaja dalam bidang sains dan teknologi malahan bidang sosial yang masih belum diterokai sepenuhnya,” katanya pada majlis perasmian Menara Perbadanan Nasional Bhd (PNS) di Bangsar South, semalam.

Menurutnya, seseorang usahawan juga tidak mampu berjaya tanpa peranan kerajaan sebagai pemangkin yang memberi galakan kepada mereka.

“Sebab itulah kita lahirkan PNS ini yang jadi pemangkin untuk bangunkan usahawan terutama dalam bidang francais,” katanya.

Selain itu, Najib turut mengingatkan usahawan francais supaya menggandakan usaha dan memberikan perkhidmatan terbaik agar pelanggan terus kekal bersama produk mereka.

“Kita mesti pastikan pengalaman pertama yang mereka (pelanggan) rasai, tak kan dilupakan, itu kunci kejayaan,” katanya.

Beliau berkata, untuk mencipta kejayaan, usahawan  perlu mengurangkan kebergantungan kepada pembiayaan kerajaan semata-mata.

“Usahawan yang menggunakan dana sendiri untuk menguruskan perniagaan cenderung berusaha dengan lebih gigih dalam mencapai kejayaan,” katanya.

 

**The news are only available in Bahasa Malaysia version due to its copyright. No translation can be made**

 

Poll

Do you know that your monthly financing installment payment can be made via JOMPay?

Related Link

Ministry Subsidiaries Others
myGov Gloria Jean's MSC

Feedback PNS