Menu

We are apologize for the inconvenience but you need to download
more modern browser in order to be able to browse our page

Download Safari
Download Safari
Download Chrome
Download Chrome
Download Firefox
Download Firefox
Download IE 10+
Download IE 10+

PNS komited perbanyak padanan perniagaan

Date : 19/8/15
Source : Utusan Online

KUALA LUMPUR 18 Ogos – Perbadanan Nasional Bhd. (PNS) komited untuk memperbanyakkan aktiviti memadankan perniagaan di antara jenama antarabangsa dengan syarikat tempatan ke arah menggalakkan pertumbuhan industri francais.

Ketua Bahagian Operasi Perniagaan PNS, Shahrul Azlan Mohd. Zulkifli berkata, buat masa ini sektor makanan dan minuman (F&B) sektor perkhidmatan masih mendapat permintaan tertinggi.

Katanya, PNS memainkan peranan untuk mencari jenama global berpotensi di pasaran Malaysia menerusi misi perdagangan ke luar negara anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

“Pihak kami walau bagaimanapun tidak mempunyai jangka masa mahupun jumlah sasaran padanan perniagaan yang boleh berjaya ke¬rana ia bergantung kepada dua entiti terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian pemegang lesen induk francais di antara Natural Green Standard Sdn. Bhd. dan PT Bumbu Desa di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Natural Green Standard, Alvin Ng; Ketua Pegawai Eksekutif PT Bumbu Desa, Arief Wirawangsadita dan Duta Indonesia di Malaysia, Herman Prayitno.

Sementara itu, Ng berkata, syarikat merancang untuk membuka 20 cawangan restoran Bumbu Desa di seluruh Malaysia dalam tempoh lima tahun.

Beliau berkata, cawangan berkonsep fine dining memerlukan kos di antara RM800,000 sehingga RM1 juta sementara fast serving kira-kira RM500,000 sehingga RM800,000 bergantung kepada lokasi dan saiz kawasan.

“Kami yakin restoran menawarkan makanan dari Indonesia ini mempunyai potensi untuk berkembang di dalam negara dan menerima permintaan memberangsangkan,” tambahnya.

**The news are only available in Bahasa Malaysia version due to its copyright. No translation can be made**

Poll

Do you know that your monthly financing installment payment can be made via JOMPay?

Related Link

Ministry Subsidiaries Others
myGov Gloria Jean's MSC

Feedback PNS