Menu

We are apologize for the inconvenience but you need to download
more modern browser in order to be able to browse our page

Download Safari
Download Safari
Download Chrome
Download Chrome
Download Firefox
Download Firefox
Download IE 10+
Download IE 10+

PNS Paintball Games terap amalan hidup sihat kakitangan

Date : 24/3/2015
Source : Kosmo

 

AKTIF. Seramai 40 warga kerja Perbadanan Nasional Berhad (PNS) menyertai aktiviti riadah PNS Paintball Games yang diadakan di Canyon Paintball, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Pengarah Urusan PNS, Datuk Syed Kamarulzaman Datuk Syed Zainol Khodki Shahabudin berkata, acara tahunan anjuran Kelab Sukan PNS itu bertujuan memupuk amalan hidup sihat agar dapat menjamin kesejahteraan dan membantu dalam mencapai tahap kesihatan yang baik dan semangat juang dalam berpasukan.

“ Aktiviti-aktiviti riadah ini dapat merapatkan silaturahim antara pihak Pengurusan PNS dan warga kerja. Penganjuran paintball ini juga dapat membantu dalam membina daya kepimpinan serta keyakinan diri dan selain merupakan strategi PNS dalam memilih pasukan yang terbaik bagi mewakili PNS dalam kejohanan ADFIM Paintball Challenge 2015 yang bakal diadakan pada bulan Mei nanti,” katanya.

ADFIM Paintball Challenge merupakan kejohanan yang dianjurkan oleh Association of Development Finance Institutions of Malaysia (ADFIM) yang melibatkan enam institusi kewangan seperti Bank Rakyat, Agro Bank, Bank Simpanan Nasional dan 14 organisasi-organisasi di bawahnya seperti TEKUN, MIDF, MTDC dan PNS.

 

**The news are only available in Bahasa Malaysia version due to its copyright. No translation can be made**

 

Poll

Do you know that your monthly financing installment payment can be made via JOMPay?

Related Link

Ministry Subsidiaries Others
myGov Gloria Jean's MSC

Feedback PNS