Menu

We are apologize for the inconvenience but you need to download
more modern browser in order to be able to browse our page

Download Safari
Download Safari
Download Chrome
Download Chrome
Download Firefox
Download Firefox
Download IE 10+
Download IE 10+

PNS perlu peruntukan tambahan tingkat promosi bidang francais

Date : 8/9/15
Source : Utusan Online

KUANTAN 8 Sept. – Kerajaan diminta menambah peruntukan bagi membolehkan Perbadanan Nasional Berhad (PNS) melaksanakan lebih banyak program dalam usaha menyampaikan maklumat berkaitan perniagaan khususnya berkaitan bidang francais kepada para usahawan.

Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan neger, Datuk Seri Shahiruddin Ab. Moin berkata, tambahan peruntukan itu diperlukan bagi menjalankan promosi pemasaran dan peluang-peluang keusahawanan francais yang ditawarkan.

“Kerajaan komited membangunkan masyarakat perniagaan dengan memberi peluang dan ruang dengan lebih luas kepada mereka yang ingin menceburi perniagaan ini.

“Dengan adanya tambahan peruntukan, agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan itu dapat meluaskan lagi promosi dan perkhidmatan yang disediakan kepada bakal usahawan seperti menyediakan latihan dan kursus pengurusan perniagaan serta skim pembiayaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sempena Program Transformasi Perniagaan (BIT) Pra-Francais di Kompleks Dagangan Mahkota di sini semalam.

Yang hadir sama Pengarah Urusan PNS, Datuk Syed Kamarulzaman Syed Zainol Khodki Shabudin; Timbalan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Basaruddin Sadali dan Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Sharuddin Jali.

Sementara itu, Syed Kamarulzaman berkata, sehingga kini sebanyak 44 prafrancaisor iaitu usawan kecil dan 867 prafrancaisi berjaya dibangunkan serta berpotensi untuk menjadi usahawan berjaya.

Kata beliau, PNS berusaha untuk meningkatkan bilangan prafrancaisor dan prafrancaisi berdaftar menjelang akhir tahun.

“Selain itu menerusi BIT, PNS membantu mengubah imej perniagaan usahawan kecil ini dari segi menyediakan peralatan lebih menarik dan bekerjasama mencari lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai bagi menjana pendapatan lebih baik,” katanya.

Tambah beliau, masyarakat terutama golongan muda dan siswazah digalakkan melibatkan diri dalam industri perniagaan berasaskan francais sekali gus menjadikannya sebagai kerjaya mereka

**The news are only available in Bahasa Malaysia version due to its copyright. No translation can be made**

Poll

Do you know that your monthly financing installment payment can be made via JOMPay?

Related Link

Ministry Subsidiaries Others
myGov Gloria Jean's MSC

Feedback PNS