Menu

We are apologize for the inconvenience but you need to download
more modern browser in order to be able to browse our page

Download Safari
Download Safari
Download Chrome
Download Chrome
Download Firefox
Download Firefox
Download IE 10+
Download IE 10+

PNS rancang lahir 250 usahawan prafrancaisi

Date : 13/4/15
Source : Harian Metro

 

Tasik Gelugor: Perbadanan Nasional Bhd (PNS) merancang untuk melahirkan 250 usahawan prafrancaisi melalui Program Transformasi Perniagaan (BIT) tahun ini.

Ketua Bahagian Operasi PNS, Shahrul Azlan Mohd Zulkifli berkata, BIT adalah program bersepadu PNS dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), universiti dan persatuan dalam usaha memodenkan perniagaan golongan penjaja dan peniaga kecil.

Katanya, program ini telah diperluaskan ke wilayah utara melalui Pejabat Koridor PNS di Pulau Pinang pada suku pertama tahun ini.

“Sejak diperkenalkan pada 2012, program BIT telah melahirkan 39 prafrancaisor yang terdiri daripada usahawan kecil yang perniagaan mereka berpotensi untuk dimajukan,” katanya, semalam.

Terdahulu, Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), Datuk Shabudin Yahaya telah merasmikan Program Peluang Pembiayaan Francais – BIT.

Shahrul berkata, PNS yakin program itu akan memudahkan bakal usahawan mendapat pelbagai maklumat berkaitan perniagaan francais dan skim pembiayaan yang ditawarkan.

**The news are only available in Bahasa Malaysia version due to its copyright. No translation can be made**
 

Poll

Do you know that your monthly financing installment payment can be made via JOMPay?

Related Link

Ministry Subsidiaries Others
myGov Gloria Jean's MSC

Feedback PNS